Pages

Thursday, March 18, 2010

Kelebihan Hantu Pocong Dalam Kehidupan Seorang Pelajar


Tadi aku gi belek belek dvd. Ingat nak cari Alice In Wonderland. Tapi tak jumpe. Mamat yang jual tu baik punya nak jual, dia siap promo, katenye nanti die jual Alice In Wonderland yang 3d punya. Haha. Takdalah. Pepehal dia memang jenuh suggest itu ini. Aku buat pekak je. Sambil dengan penuh bergaya, aku angkat tangan dan berkata "im just looking around, thanks" sampaikan awek sebelah mencebik, mungkin dia benci dengan bahasa penjajah dek kerana dia seorang yang patriotik ataupun dia meluat tengok aku. Yang kedua tu tampak lebih logik lah kut.

Aku bukak satu folder, penuh cerita hantu Indonesia. Kuntilanak, Takot, dan macam macam tajuk lagi. Bile sampai kat dvd Pocong, aku tersenyum sorang sorang teringat kisah lama. Mamat cina tu ingat aku nak beli, jadi aku angkat tangan lagi sekali. Awek sebelah tu dah malas sangat agaknya tengok perangai aku, jadi dia pun cepat cepat beli sekeping dvd tanpa banyak tanya.

Aku terimbau pada masa ketika aku masih di Seri Iskandar,waktu diploma. Malam malam di rumah sewa, kiterang habiskan dengan petikan gitar dan suara sumbang. Agak agak lapar, pegi mapley beli roti bakar telur cheese. Agak agak kenyang, balik umah buat sesi mengumpat pulak. Dah nama kampus pedalaman, memang malam malam kami mati kutu. Walaupun assignment menimbun, tapi tak belia la kan tak buat last minit. Dah nama pelajar. Boleh kata tiap tiap hari macam ni. Ke pagi buta celik mata. Memang macam lahanat.

Alkisahnya, pada siang hari di suatu hari, kami mendapat khabar, yang salah seorang rakan mengalami pengalaman mistik. Ceritanya begini :
----------
Sedang Sofian asyik dilamun mimpi, dia terjaga. Jam pada itu menunjukkan jam 11 malam. Di rasakan malam itu akan berlaku sesuatu, kerana suasana rumah nya kelam dirundung malam. Di cubanya memejam kelopak mata untuk tidur, namun resah mendahului. Setelah berjaya terlelap seketika, pada jam 12, dia terjaga lagi. Dilihatnya di susur pintu masuk bilik, kelihatan satu susuk makhluk berbalut lengkap kain kafan sedang berdiri. Kencang dada Sofian. Di palingkan badannya dari pintu bilik, dan dia memejamkan mata. Hati keruan kerana tiada siapa yang baginya dapat menolong ketika itu. Setelah dirasakan agak lama memejam mata, Sofian membuka mata kembali. Kali ini, makhluk itu tiada di pintu, tetapi, betul betul di depan Sofian. Kelu lidah hendak membaca ayat ayat. Dan tiada kaitan dengan hobi Sofian yang suka makan pedal ayam. Tegak makhluk itu berdiri tanpa berbuat apa apa selama setengah jam, setengah jam paling lama dalam hidup seorang Sofian.


Keesokan hari, seorang pakar yang ditemui Sofian, memanggil makhluk itu datang. Pakar ini menanyakan sebab. Makhluk itu menjawab: "malam tadi saya saja jalan jalan. saya tengok dia ni tak tidor lagi, jadi saya pergi tegurlah. tak da niat pun nak kacau. saya saja saja nak mencari kawan....."
----------
"wak lu nak cari kawan!!!" ujar kami beramai ramai di dalam kelas.

Keesokannya, banyak kisah kisah pelik yang berlaku pulak dirumah aku. Bukan mistik, tetapi ajaib.

Rakan yang pertama, dalam sejarah, mencari sejadah dan meminjam dari aku untuk sembahyang. Kiblat pun baru nak tau time tu.
Rakan yang kedua, study lepas maghrib dan tidur selepas pukul 10. Memang seperti ciri ciri pelajar yang unggul yang sebelum ni tak pernah wujud pun.
Rakan yang ketiga, yang sebelum ni bersepah sepah baju, seluar dan spender, kini mengaplikasikan almarinya dengan penuh optimum.
Rakan yang keempat, bertanya kepada aku..."chain, doa masuk toilet ape eh?" lalu pergi ke jamban sambil membuka suis lampu. Oh ya. Hari tengah siang tu.

Nota : Terima kasih pocong. Kerana berjaya mengubah gaya kehidupan kami.

p/s : sebenanye tangan aku terketaq ketaq masa pilih gamba pocong kat google untuk letak kat entri ni. hahahahahaha

7yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails