Pages

Monday, November 21, 2016

Sengaja Menjengah

3 tahun aku tak menulis. Dan jugak tak menjengah.

Banyak benda yang dah berubah. Blogger-blogger yang dulu aku kenal, sekarang hanyalah seorang friend di Facebook, ataupun seorang yang aku follow di Instagram.

Masih lagi ada yang rajin menulis blog?

Aku respek korang. Sangat.



Walaupun blogpost ini mungkin akan bergema sunyi di blogosphere yang suram ini, aku sengaja nak lontarkan satu soalan.



Ape khabar doh korang?

Wednesday, August 15, 2012

Maggi

Baju kemeja pink, seluar slack hitam belang tipis putih nak tak nak, baju kot hitam, dan bag laptop sandang. Sungguh gaya eksekutip. Kalau ada pertandingan eksekutip paling handsome peringkat Subang Seksyen U5, konpem aku menang tiap tiap pagi.

Tapi hakikatnya, bila atttire sebegitu di padankan dengan motor Honda EX5, jalan jam, asap kereta, hujan dan mata yang sembab, impresi eksekutip itu pudar sama sekali.



Lebih lebih lagi dengan ketebalan dompet yang hanya layak menjadi pepperoni di atas pizza. Dan penuh dengan bawang merah kerana menyumbang kepada air mata tiap kali di buka.

Haih...


Di bulan puasa, aku seboleh bolehnya cuba mengelak dari pergi bazaar. Bukan apa, aku risau bawang dalam dompet aku boleh membuatkan penjual penjual makanan di bazaar turut menangis bersama bila aku bukak depan diorang. Dan kalau terlepas sekejap ke bazaar aku catu perbelanjaan aku. Aku dah plan, aku boleh tackle puasa ini kalau aku ikut perancangan berjimat aku yang begitu jitu dan terperinci. Aku yakin, dan pasti! Sangat pasti!

Masalahnya, aku tak penah ikut . Tahi betul.

Akibatnya, makin menghampiri raya, bawang bawang merah dalam dompet ni makin menjadi jadi suburnya. Pegang je dah mampu menangis. Kalau bukak dompet boleh dengan bunyi ombak. Ombak jahat. Sangat jahat.

Sedang aku menahan lapar di ofis, selalu aku mengenang ape aku nak makan time berbuka. Pastu semacam tetibe terbayang staple food time belajar. Sesuatu yang selalu menyelamatkan perut aku dari terus mengomel memalam buta. Sesuatu yang menemani aku tiap kali aku nak layan Glee senyap senyap dalam bilik tak nak kantoi.

Maggi. Maggi kari. Maggi kari dengan telur. Maggi kari dengan telur dan cili potong. Maggi kari dengan telur dan cili potong dan sos cili.

Dan air nescaffe nipis yang sejuk sepoi sepoi bahasa.

Tak senang duduk aku di ofis untuk 3 jam berikutnya.


Habis je office hour, bergegas aku ke Tesco. Terus aku capai bahan bahan di rak Tesco dengan rentak irama tradisional bergema dalam kepala.

Camni lagu dia:

"Kami dah pulang abang hensem buat Maggi,
Mudah saja, tadah pinggan.
Dah habis makan letak dekat sinki,
Biar orang lain cuci, kita menari menari.

Kami nak lagi bolehkah cepat?"


Sampai di rumah dalam 6:45 petang, terus aku prep bahan bahan sambil mulut kumat kamit macam Jamie Oliver, complete dengan slang British walaupun hanya sekadar masak Maggi. Hey, apa salah nya kalau gembira memasak, makanan mesti sedap!

Aku potong dadu sosej dengan sama rata supaya gigitan time makan adalah konsisten, aku hiris hiris 4 cili padi dengan hirisan paling halus supaya lebih terasa tendangan kepedasan kuah nya, aku sediakan daun salad yang di datangkan jauh dari Cameron Highland untuk kesegaran yang tidak terhingga, aku reneh air bersama maggi menggunakan api sederhana supaya molekul molekul air dapat memangkin proses exotermic yang mana akan menghasilkan maggi yang melantun lantun mengalahkan rambut Hafiz AF, aku campurkan perencah kari berapi dengan lada sulah dan sedikit gula untuk menyeimbangkan serangan rasa di lidah dan aku tuang telur di waktu yang paling sesuai untuk teras telur itu dapat mengikut rentak lagu Tamila Boys -Goyang Goyang.

Maka terhasillah masterpiece yang amat hebat, mudah dan kacak sekali, 1 minit sebelum azan.

Aku dah ready. Kurma dah ada. Nescaffe pun dah sedia. Azan saja aku terus sluurrrrrrrrrppppppppp!

Slurrrppp! Slurpppp! Slurrrrpppp.........ketish!








Seronoknyewww kene libas dengan maggi tepat kat mata. Rasa oren!

Tuesday, March 13, 2012

Nama

Nama aku dekat IC ialah Shahril bin Ibrahim. Nama aku dekat kawan kawan, Chain. Nama aku dekat rumah, Najib.



Nama aku yang aku panggil sendiri, Aaron Shahril.

Ah. Tak salah untuk menjadi optimis bukan?




Jadi, sebelum lebih ramai bertanya kenapa, aku terdetik lah nak eksplain. Orang kata, public announcement. Wah retis gitewwwwww.

Puih.


"Cha...ape? Chen? Cha eyh? Sa'in? Sakin?"
"Bukan, Cha'in!"

Mane datang Chain? Ini senang. Cube panggil orang Kelantan, suruh die sebut Shahril. Tampak mudah?

Tunggu. Suruh die sebut laju laju. Dan akan keluar Shahril itu menjadi Shaher. Untuk lebih chomel, "S" akan senantiasa menjadi "C". Dan menjadi Chaey.

Disebabkan Kelantanese selalu silentkan "N", jadi orang kecek luar akan beranggapan yang Chaey tu datang dari Cha'in.

TERUDUMDAMDUSHH!

Terhasil lah Cha'in!

-----------------------------------------------

Untuk "Najib", lain pulak kisahnya.

Aku dulu lahir awal dari due date. Jadi orang lahir awal ni selalu nye comel, dan nature nye orang comel ni kuat menangis. Maka, 24 jam laaaaa aku duk menangis.

Di sebabkan time aku lahir, mak bapak aku minat cerita Ahmad Albab, maka diorang pun cube lah cara begitu.

Di letak nye dua biji pisang dekat depan aku, satu di tulis nama Shahril, satu lagi Najib. Dan di suruh aku membuat pilihan. Ameeeeek kau kecik kecik dah kene buat pilihan. Nasib time aku kecik takde lagi game Money Drop, kalau tak mesti mak aku hantar situ, ganti pisang dengan LCD screen

Dan aku di beri 3 kali peluang.

Dan dalam 3 kali tu aku pilih pisang yang bertulis "Najib"

Dan aku pun berhenti menangis.

TEREDAMDAMDUSHH!

---------------------------------------------

Beginilah asal usul nama aku. Harap kalian tidak keliru. Dan aku tak kisah nak panggil yang mana satu.
Tapi, sejak kebelakangan ni aku terfikir satu benda. Sebenarnya cara untuk pilih Najib ni agak bahaya.














Sebab ada risiko nama aku jadi Ahmad Pisang. 

Wuyyai! 



Sunday, November 06, 2011

Raya Haji

Sebelum balik kerja pukul 1 malam hari Jumaat hari tu, manager aku panggil aku.

"Ey, im gonna give you a leave until Tuesday for your Raya Haji"

Aku baru nak potong dengan ayat nak menolak, tapi sebenarnye dalam hati seronok tak terhingga. Deepavali hari tu orang cuti aku duk kerja layan orang UK. Kali ni turn aku pulak gelakkan orang kerja hari Selasa.

Pulang ke rumah malam itu, kereta aku yang selalu suram menjadi ceria. Akak tol Putrajaya tu pun aku leh ajak sembang sesambil nak amik tiket tol.

Perjalanan setengah jam dari Cyberjaya ke Subang penuh dengan lagu karaoke dan juga lagu raya, walaupun ini setakat Raya Haji. Tapi tak salah bagi insan yang dah lama tak rasa cuti lama ini bergembira kan?

Sampai rumah, layan jiwang sikit, then aku terus layan bantal. Malam itu mimpi indah. Hati girang, segala benda girang.



Bangun Sabtu, aku bermalas malas dengan gaya bos.

Cuti 4 hari bai. Aman betul dunia rasanya.

Malam nye melayan perasaan lagi. Aku tak ingat sampai pukul berapa. Tapi segala game aku cuba, segala ceruk pelusuk facebook aku layar.

Cuti 4 hari bai. Aman betul dunia rasanya.

Bangun di Raya Haji, jam sudah menunjukkkan pukul  8 pagi. Aku tengok tv di ruang tamu, jemaah di masjid negara baru beransur ansur masuk ke masjid. Jadi aku pun terus bersiap siap mandi nak ke masjid di tempat aku.

Rambut yang panjang aku sekadar sikat ringkas. Tak taruk gel, so that bila bawak motor, die terbang terbang macam scene cite korea ape tah. Yang aku pasti, orang yang melihat pasti akan berkata :

"Orang korea mana sesat pegi Raya Haji kat Subang ni?"

Hey, terima kasih. Itu pujian secara tidak direct, aku paham.



Sesampai di masjid, semua orang duduk di saf dengan kemas sambil imam bertasbih dan bertahmid. Sedang aku berjalan, mata mata semua melihat ke arah aku.

Shit la, aku tau la aku lagak orang korea, tak yah la nak pandang lama lama.

Sesudah aku menyusun selipar aku, aku menuju ke paip ingin mengambil air sembahyang. Tiba tiba jemaah semua bangun dan terus menuju ke selipar masing masing.



Naluri survival aku terus laju mengatakan yang ada lagi elok aku cepat cepat amik selipar dan terus ikut berjalan sekali. Dan aku pun terus berjalan, pergi ke arah ke motor, start engine, dan terus balik ke rumah.













Tak cakap sembahyang start pukul 8!

Wednesday, September 21, 2011

Sanggul

Bila lapar, aku akan kelebet kelebet cari makanan di celah celah almari dapur. Ada jumpa beberapa balang kuih raya yang setengah kosong dari isi kuih nya, dan aku catu satu persatu ke dalam perut aku. Sampai ke satu balang, aku pelik. Tak pernah aku tengok kuih ni, tapi bentuknya amat menarik. Terikat kemas, beralun cantik, satu persatu di gubah dengan begitu kemelayuan sekali.




Aku cuba rasa. Tawar tawar masin.

Ok takpe.

Try gigit kuat kuat. Liat benar kuih ni.

"Paksu tu mee sanggul la! Bukan kuih!" jerit anak buah aku.

"Mee sanggul ni ape?"


"Mee la. Sape tah kasi itu hari, suruh buat mee goreng. Wan takde tempat nak letak, tu yang die buh dalam balang kuih raya!"





Aih. Thank you very much...



Tak pernah aku dengar mee sanggul ni. Then aku bau bau balik, aku teringin nak tau apa rasa dia kalau dah masak. Maka, aku pun gi pusing pusing cari ingredients, dan terjumpa dua Mee Ruski perencah Soto.

Aku potong bawang, cili, tambah sikit cili boh, gula, kicap, dan semuanya aku tumis bersama perencah Mee Ruski tadi. Setelah itu aku masukkan mee sanggul bersama sama mee ruski, dan aku tambah dengan kasih sayang, persahabatan, keringat usaha dan peluh kegigihan.


Maka terjadi lah..........Mee Sanggul berperisa................................entah.


Aku testing testing, lazat. Lagi lembut dari mee kuning tapi lagi terasa dari mee maggi. Bukak tv siap siap channel Asian Food Channel, setting baik depan tv, tingkap biar bukak kasi angin hujan masuk, dan air nescafe tersedia di bancuh. Tengah nak suap je..........



"PAKSU NAK SIKIT!!!!!!!!"



Sambil dah ready dengan pinggan kecik dan sudu garfu beliau.

Aih. Thank you very much.....

T_T


But then, terer macam mana masak, sedap macam mana juadah, ada satu ingredient yang boleh buat masakan tu lagi sedap.







Bila kita berkongsi.


"paksu kalau tak habis kasi adik tau!!"

"amboi lawan tokey nih!"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails