Tapi hakikatnya, bila atttire sebegitu di padankan dengan motor Honda EX5, jalan jam, asap kereta, hujan dan mata yang sembab, impresi eksekutip itu pudar sama sekali.
Lebih lebih lagi dengan ketebalan dompet yang hanya layak menjadi pepperoni di atas pizza. Dan penuh dengan bawang merah kerana menyumbang kepada air mata tiap kali di buka.
Haih...
Di bulan puasa, aku seboleh bolehnya cuba mengelak dari pergi bazaar. Bukan apa, aku risau bawang dalam dompet aku boleh membuatkan penjual penjual makanan di bazaar turut menangis bersama bila aku bukak depan diorang. Dan kalau terlepas sekejap ke bazaar aku catu perbelanjaan aku. Aku dah plan, aku boleh tackle puasa ini kalau aku ikut perancangan berjimat aku yang begitu jitu dan terperinci. Aku yakin, dan pasti! Sangat pasti!
Masalahnya, aku tak penah ikut . Tahi betul.
Akibatnya, makin menghampiri raya, bawang bawang merah dalam dompet ni makin menjadi jadi suburnya. Pegang je dah mampu menangis. Kalau bukak dompet boleh dengan bunyi ombak. Ombak jahat. Sangat jahat.
Sedang aku menahan lapar di ofis, selalu aku mengenang ape aku nak makan time berbuka. Pastu semacam tetibe terbayang staple food time belajar. Sesuatu yang selalu menyelamatkan perut aku dari terus mengomel memalam buta. Sesuatu yang menemani aku tiap kali aku nak layan Glee senyap senyap dalam bilik tak nak kantoi.
Maggi. Maggi kari. Maggi kari dengan telur. Maggi kari dengan telur dan cili potong. Maggi kari dengan telur dan cili potong dan sos cili.
Dan air nescaffe nipis yang sejuk sepoi sepoi bahasa.
Tak senang duduk aku di ofis untuk 3 jam berikutnya.
Habis je office hour, bergegas aku ke Tesco. Terus aku capai bahan bahan di rak Tesco dengan rentak irama tradisional bergema dalam kepala.
Camni lagu dia:
"Kami dah pulang abang hensem buat Maggi,
Mudah saja, tadah pinggan.
Dah habis makan letak dekat sinki,
Biar orang lain cuci, kita menari menari.
Kami nak lagi bolehkah cepat?"
Sampai di rumah dalam 6:45 petang, terus aku prep bahan bahan sambil mulut kumat kamit macam Jamie Oliver, complete dengan slang British walaupun hanya sekadar masak Maggi. Hey, apa salah nya kalau gembira memasak, makanan mesti sedap!
Aku potong dadu sosej dengan sama rata supaya gigitan time makan adalah konsisten, aku hiris hiris 4 cili padi dengan hirisan paling halus supaya lebih terasa tendangan kepedasan kuah nya, aku sediakan daun salad yang di datangkan jauh dari Cameron Highland untuk kesegaran yang tidak terhingga, aku reneh air bersama maggi menggunakan api sederhana supaya molekul molekul air dapat memangkin proses exotermic yang mana akan menghasilkan maggi yang melantun lantun mengalahkan rambut Hafiz AF, aku campurkan perencah kari berapi dengan lada sulah dan sedikit gula untuk menyeimbangkan serangan rasa di lidah dan aku tuang telur di waktu yang paling sesuai untuk teras telur itu dapat mengikut rentak lagu Tamila Boys -Goyang Goyang.
Maka terhasillah masterpiece yang amat hebat, mudah dan kacak sekali, 1 minit sebelum azan.
Aku dah ready. Kurma dah ada. Nescaffe pun dah sedia. Azan saja aku terus sluurrrrrrrrrppppppppp!
Slurrrppp! Slurpppp! Slurrrrpppp.........ketish!
Seronoknyewww kene libas dengan maggi tepat kat mata. Rasa oren!
8yang hensem juga cantik:
Post a Comment
Post a Comment