Sebelum balik kerja pukul 1 malam hari Jumaat hari tu, manager aku panggil aku.
"Ey, im gonna give you a leave until Tuesday for your Raya Haji"
Aku baru nak potong dengan ayat nak menolak, tapi sebenarnye dalam hati seronok tak terhingga. Deepavali hari tu orang cuti aku duk kerja layan orang UK. Kali ni turn aku pulak gelakkan orang kerja hari Selasa.
Pulang ke rumah malam itu, kereta aku yang selalu suram menjadi ceria. Akak tol Putrajaya tu pun aku leh ajak sembang sesambil nak amik tiket tol.
Perjalanan setengah jam dari Cyberjaya ke Subang penuh dengan lagu karaoke dan juga lagu raya, walaupun ini setakat Raya Haji. Tapi tak salah bagi insan yang dah lama tak rasa cuti lama ini bergembira kan?
Sampai rumah, layan jiwang sikit, then aku terus layan bantal. Malam itu mimpi indah. Hati girang, segala benda girang.
Bangun Sabtu, aku bermalas malas dengan gaya bos.
Cuti 4 hari bai. Aman betul dunia rasanya.
Malam nye melayan perasaan lagi. Aku tak ingat sampai pukul berapa. Tapi segala game aku cuba, segala ceruk pelusuk facebook aku layar.

Bangun di Raya Haji, jam sudah menunjukkkan pukul 8 pagi. Aku tengok tv di ruang tamu, jemaah di masjid negara baru beransur ansur masuk ke masjid. Jadi aku pun terus bersiap siap mandi nak ke masjid di tempat aku.
Rambut yang panjang aku sekadar sikat ringkas. Tak taruk gel, so that bila bawak motor, die terbang terbang macam scene cite korea ape tah. Yang aku pasti, orang yang melihat pasti akan berkata :
"Orang korea mana sesat pegi Raya Haji kat Subang ni?"
Hey, terima kasih. Itu pujian secara tidak direct, aku paham.
Sesampai di masjid, semua orang duduk di saf dengan kemas sambil imam bertasbih dan bertahmid. Sedang aku berjalan, mata mata semua melihat ke arah aku.
Shit la, aku tau la aku lagak orang korea, tak yah la nak pandang lama lama.
Sesudah aku menyusun selipar aku, aku menuju ke paip ingin mengambil air sembahyang. Tiba tiba jemaah semua bangun dan terus menuju ke selipar masing masing.
Naluri survival aku terus laju mengatakan yang ada lagi elok aku cepat cepat amik selipar dan terus ikut berjalan sekali. Dan aku pun terus berjalan, pergi ke arah ke motor, start engine, dan terus balik ke rumah.
Tak cakap sembahyang start pukul 8!

0yang hensem juga cantik:
Post a Comment