Pages

Saturday, April 17, 2010

Laici Kang

Ikut kebiasaan aku, kalau aku tengah tidur petang petang, mak aku kejut, aku pura pura berdengkur. Tapi kali ni, aku bangun terus. Kenapa? Ni ayat mak aku.

"bangun lah adik. malam ni akak ko nak belanja makan. kat vichuda"

Berdesup aku siap.

Sesampai di situ, aku serah kat akak dan abang ipar aku pilihkan. Aku tak nak la sebut makan apa. Serius aku tak nak sebut makan apa. Kang nanti kecuq ayaq liuq pulak masing masing baca. Betul aku tak nak sebut. Serius ni.

-siakap stim, udang goreng tepung, ayam goreng kunyit, tom yam, kailan ikan masin, air buah gelas besar, laici kang, udang sambal petai-

Alamak. Aku tak sengaja tulis la. Mohon ampun.

Belum pape, aku dah bantai laici kang. Anak buah aku pulak sibuk mengenen nak jugak. Dek kerana mak dia yang belanja, aku dengan pasrah kasi gak la. Tapi kalau laju je dia menghirup, tak boleh jadi. Bukan sorang dua, tiga orang sekali gus.

Dalam laici kang, ada selasih. Aku tanya kat anak buah aku.

"korang tau tak mende ni apa? "
"entah." ujar mereka dengan penuh innocent sambil masih lagi berebut nak minum
"ni sebenarnya telur katak. lepas ni keluar la tadpole. aiyookkkk..."

Dan selepas itu, aku dapat menikmati laici kang aku tanpa perlu berebut dah. Uihhh nikmatnya!

5yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails