Pages

Monday, May 31, 2010

Bakar Lah Lemak Dengan Ber-Broga. Berkesan, Tidak Bosan, Boleh Pengsan.

Hasil dari entri ini, terbuka minda aku nak menjengah ke Broga. Tapi aku simpan dulu angan angan nih. Aku post kan dekat wall facebook, ramai memberi minat yang sama. Bukan apa, teringin jugak nak tengok bukit apa yang togel semacam ni, atas puncak ada lalang je.

Dekat news feed pun, tak habis habis orang kene tag gambar naik Broga. Kat paper pun dah ada tulis pasal Broga. Segala galanya pasal Broga. Disebabkan keinginan untuk turut menyertai peredaran zaman, aku fikir, aku perlu pergi tempat ni.

Jadi, dengan beberapa orang yang memang tengah takda kerja cuti cuti ni, yang mana banyak menghabiskan masa mengorek hidung sambil menonton Glee, adalah lebih elok aku mengajak ke Broga. Lagi best mengorek hidung di atas itu fikir aku.

Kat atas tu memang scenic habis. Lalang hijau, matahari sepoi sepoi bahasa, angin terik memancar, orang orang berkicauan, burung burung sibuk memanjat.. Kan lagi bagus kalau aku pakai baju lusuh dan bawak pedang sebatang. Baru lah lagak seperti Aragorn dalam cerita Lord of The Rings. Tapi aku teringat, aku takde pun bende bende tu.

Nah. Ini hasilnya.




tak sah kalau tak tanda teritori.

Masa nak naik tu, aku ternampak kelibat seseorang. Ya, kebetulan terjumpa abang Farwalis, tuan punya entri yang aku bagitau tadi. Aku nak naik sebab tengok entri dia, sekali jumpa dia jugak. Nak tegur ke tak nak? Nak ke tak nak?


Alamak, nebes lah pulak. Cepat cepat, kena makan sandwich kalau nak hilangkan nervous ni.

Balik trip ni, orang tanya, amacam Broga?
Laju aku jawab, "Best weh! Naik ah! Dekat je pun!"


p/s : Kalau nak baca kronologi trip ni, jangan harapkan dari aku. Aku malas menulis. Nah tengok sini.


------------------------------------------------------

Manusia ni memang tak penah puas. Betul.

Lagi sekali, minggu depan nye pulak, aku naik lagi Broga. Aduhai. 

Beza nya kali ni, ramai yang ikut. Permaisuri Q pun mencemar duli ikut kami. Dan kami ikut jalan lain yang memaksa kami lalu dalam 6 tol. Dan kami naik masa weekend. Dan kami pergi ke Sungai Tekala selepas itu. Dan kami penat macam hampes. Dan tayar kereta Keoi meletop. 

Dan nasi dagang kat pekan Semenyih tu tak best.

Untuk 2nd trip ni, aku pun buka la almari aku, cari baju lusuh dengan sebilah pedang. Eh, lagi sekali baru teringat aku takde pun benda benda tu.









tanda teritori dalam air pulak.

Balik kali ni, kena tanya jugak. Amacam Broga?
Laju aku jawab, "Kalau nak tengok orang beratur dalam hutan pepagi buta di hujung minggu, sila lah pergi.."

p/s to permaisuri : perintah dijunjung. sembah patik harap diampun.

5yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails