Pages

Sunday, January 31, 2010

Adakah perut ku berjembalang?

8 pagi : breakfast bar ngan cereal coffee

+ 10 pagi: roti butterscotch

+ 2 petang: nasi, siput sedut, ayam goreng, sayur kucai, kuah lemak.

+ 5 petang: popia basah

+ 8 malam : nasi goreng daging merah

+ 1 pagi: keropok

X 7 hari

= 47 kg.


Mane hilang ek sume makanan tu? Nk kate aku melabur selalu, x jugak, normal je seperti manusia di muka bumi ni. Standard ah sehari sekali. Huhu. Tapi aku pelik, aku xtau nape berat masih x bertambah. Majoriti produk kesihatan kat pasaran adalah produk mengatasi masalah kegemukan. Banyak orang merungut, seluar x leh pakai da, baju makin sendat etc. Dalam almari penuh baju hitam. Huhu. Tapi, bagi golongan mcm aku ni yang terkurang berat, aku rase x kurang jugak la mcm2 masalah yang aku hadapi.

For instance, nk cari seluar. Sikit punye payah! Rata2 saiz pinggang tuk seluar lelaki saiz 30. Kalau la ade jumpe kedai yang jual 30 ke bawah, mmg menitik air mata aku dek kerana gembira. Beli seluar 30, esok nye kene gi alter pinggang. Klo x mmg mcm pakai seluar jerut je nnti. Baju jgn ckp la, klo saiz S pun da standard baju kelawar da. XS beb baru lepas. Hadoih. Kene cari kedai cine klo nk cari baju sbb saiz kat situ muat2. Seed? Padini? Harapan la jack. Hehe. Kalau la bawak motor lak, angin kuat sikit, dah nk melayang da. Let say yang membonceng tu mempunyai berat normal, press minyak lebih sikit, dah buleh nk wheelie dah tayar depan. Ini berdasarkan pengalaman ni. Pe jadah tgh2 hari kat simpang Melaka Sentral tu aku leh bantai main wheelie. Hahahahaha. Nasib x arwah je. Haihsss.....

Aku dari dulu angan2 nk berbakti kepada rakyat sekeliling. Dgn cara menderma darah. (eceh) Ade sekali kat kampus buat kempen. Punye la semangat aku beratur panjang, alih2, sampai depan, kene reject sbb underweight. Keciwa...

Jenuh sedare mare kasi makjun, tonik, supplement pe sume. Xmau gak nk naik berat badan. Paling tinggi, 51. Tapi bile demam, hambik kau, 42 balik. Naik susah, turun nye senang. Maka, akupun mencari jawapan kepade masalah aku ni..

Jawapan sebenar, high metabolism. Bermaksud, badan aku membakar kalori lebih cepat dari kadar biasa. Masuk 5 kg, pembakaran nye berkapasiti 7 kg. Kirenye, badan aku mengalami budget deficit dari segi lemak. Revenue lagi kurang dari expense. (wah, termelalut jap)

Jadi, ape solution? Makan lagi banyak? Cari lagi banyak supplement? Campur Weightgain dalam ape jua makanan? Hurm. X kut. Bagi aku, the best solution, is to enjoy it. To think of it, aku x perlu risau nk melantak ape2 pun. Sume2 leh sumbat with zero doubt. Baju aku beli, tahan bertahun2. Motor kurang sikit makan minyak sbb x berat beban yg nk dibawak. Hahahah. In the end, it all comes to the mind. Buat x peduli pasal sume2 ni lagi ok. I just simply need to stay healthy, and stay happy. =)


....lapar la plak...





0yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails