Pages

Sunday, March 14, 2010

Sorang Jongang, Sorang Juling

"ha ha ha halimah joooonnngggaaaaannnnggg!"
Aku tau lagu cerita Halimah Jongang tu mesti tengah meletup letup sekarang. Mulenye aku memang tak amik pot sangat cerita ni, sebab aku memang malas nak tengok. Memang tak de Astro pun nak tengok. Tapi yang tak tengok pun dah tau lagu die macam mane, sah sah la cerita ni hot gila. Tapi, aku mula tersentak, bila siri seterusnya akan dikeluarkan, iaitu, Fatimah Juling. Wah, makin seronok eh engkau wahai A.Aida?

Yang jelasnya disini,si penerbit dia tak juling, si directornya tak pun juling, si pelakonnya tak sorang pun juling, si pembuat lagunya, tak pun juling. Alasannya, nak menaikkan keyakinan golongan golongan istimewa macam ni. Ini pendekatan baru kononnya, bagi membuktikan yang golongan ini patut dilayan sama rata.

Meh tanya aku yang dah 22 tahun juling ni.

Time aku kecik dulu, memang satu cerita pun tak de yang berkenaan pasal juling jongang ni. Tapi, tu pun kene kutuk bagai. Dah besar ni, memang la dah biasa, dah lali dah pun. Tapi, masa kecik dulu, seksa dia, hanya aku dan mak bapak aku je yang tahu. Pergi pasar, semua orang sok sek sok sek tengok aku. Naik atas pentas kat sekolah, belum pape, orang dah gelak. Nak buat kawan baru, tak sah kalau tak kena kutuk. Balik sekolah lalu tepi rumah orang, anak anak die sibuk panggil mak bapak sebab pelik tengok aku.

Itu pun cerita cerita macam ni masih lagi takde, sekarang?

Aku kesian fikir pasal orang orang yang akan diperhebatkan tempiasnya setelah cerita ni keluar nanti. Kalau dah besar, tak amik pot sangat, mane yang baru nak kenal dunia tu? Alasan A.Aida, ini adalah meningkatkan keyakinan orang orang sebegini. Ehem ehem, pernah dengar "niat tak menghalalkan cara"? Golongan macam macam ni, mesti beranggapan, bukan cara macam ni nak meningkatkan keyakinan. Satu je cara dia, pengalaman. Entah bile keluar lagu ni, memang lagi ligat la budak budak menyanyi. Si penerbit yang tak pernah pun sehari dalam hidup dia juling, yang tak pernah sekali pun orang pandang dan bisik bisik belakang sebab mata juling, memang sampai bile bile tak kan paham.

Golongan macam ni tak perlukan benda sebegini. Cukup setakat orang orang sekeliling paham. Bayangkan kalau kau juling, tengah lepak mapley, pastu keluar lagu macam ni kat tv? Adakah orang akan pergi ke meja kau dan memberi kata kata galakan? TAK MUNGKIN. Yang pasti, orang akan gelak. Dan bile diorang balik, diorang akan sambung gelak sebab bercerita dengan orang lain.

Dan lepas lepas ni, cerita apa pulak yang nak dibuat? Mungkin ni antara tajuk tajuk nya. Din Sengau, Samad Sumbing, Dollah Hapak, Raju Cagu, Jenab Kudung dan Amat Lumpuh? Buatlah. Peratusan yang aku boleh kasi, dalam kepale si penerbit semasa mengeluarkan siri siri macam ni adalah : 10% motivasi, 90% duit masuk poket.

p/s : nak betul berani, amik aku berlakon la.

12yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails