Pages

Sunday, March 14, 2010

Di Waktu Pen Dan Kertas Tiada

Nota dan pen. Bende baru aku rase aku kene bawak ke mane mane. Aku suke berblogging, tapi masalahnye, bile dah depan laptop, menghadap dashboard yang putih mulus, dan tangan dah bersedia menaip, idea tu dah hilang entah kemana. Ke bantal jugak aku lepas tuh.

Yup, aku ade take notes on ideas yang tibe tibe datang, tapi kat handphone je, so aku setakat tulis title je lah. Tu pun, kalau la time tu tangan tengah free. Kalau ade pen dengan notes, boleh la tambah details lebih sikit. Jadi, olahan olahan kasar dalam kepale tu memang dah tak de. Sebab, usually, idea tu datang bile time time macam ni :
  1. Tengah isi minyak kereta
  2. Tengah bertungkus lumus basuh baju kumpul seminggu
  3. Pada masa berborak panas sewaktu menunggu turn bermain badminton
  4. Tangan tengah rancak menekan joystick playstation
  5. Ade orang kate, sebelum tidor
  6. Ade gak orang kate, semasa die mandi
  7. Waktu tengah sedap buat "investment"
  8. Semasa sedang membersihkan telinga
  9. Tengah seronok melayan angin jalanraya semasa di atas motor
  10. Sewaktu tergaru garu menjawab test dan quiz
  11. Bile mase tangan memegang stereng dan kaki memulas throttle Daytona
  12. Memicit jerawat
  13. Tengah sibuk membolak balik kan kuali memasak nasi goreng
  14. Sedang asyik membersihkan motor sambil mengusha anak jiran sebelah
  15. Tengah riki nak pot bola 8 dalam lubang lubang kehijauan
  16. Semasa bertungkus lumus nak print assigntment yang mana lagi 5 minit perlu di hantar
  17. Bile masa tengah setting nak menghancurkan pin pin putih yang mulus dengan penuh bergaya
  18. Sedang cuak nak present di depan kelas
  19. Tengah laju meneliti crocs crocs di pasar lambak
  20. Dan juga selepas mendapat middle finger sewaktu sedang memandu =P
p/s : lepas ni kalau dapat idea, kene ulang sebut banyak banyak kali. lantak pi lah orang nak kate gile ke ape =D

7yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails