Monday, March 08, 2010

Ape Yang Boleh Dibuat Jika Anda Single & Hari Ini Hari Minggu?


Ya. Memang boleh digambarkan kebosanan nya ye tak? Bangun je pagi, cari housemate yang lain, kebanyakan dating. Dah la perut lapar, takde insan istimewa nak kejut tidur. Hahaha. Ni lah keadaan aku kat rumah sewa ni. Nak balik rumah tiap2 minggu, dompet pun kering. Tidur jenuh, online jenuh, tengok tv jenuh. Maka, secara ad hoc nya, aku pun merancang dengan lebihan lebihan housemate aku yang turut mengalami nasib yang sama. Dan dengan sekali petik je, mereka bersetuju. Ke mane? Ke MIBC! Singkatan kepada Malacca International Bowling Centre.


Entah kenape, sejak MIBC ni bukak semester lepas tak silap, aku dah memang kemaruk sangat main bowling. Aku tak boleh tengok langsung gambar gambar member di Facebook kalau kalau diorang bergambar kat bowling alley. Tangan ni bergerak gerak, macam orang tue tue selalu kate, tangan tu nak dapat rezeki lah duit lah orang salam lah. Tapi yang aku pasti, tangan aku gatal nak pegang bola 6 faveret aku kat MIBC. Cite sikit pasal MIBC ni. Memang seronok main kat sini. Tempat ni baru je bukak. Rate die, kalau biasa, RM 5.00 satu game tak masuk sewa kasut. Kalau student, RM 3.00! hahaha. Ni ciri ciri die yang aku paling suke~ =D


Sile lah tengok kat bawah ni, aku selitkan gambar gambar rupe tempat nih:










terase macam star gile main kat tempat nih. ahahahahaha

ni belum ramai orang, tapi dah ade waiting list. 

kat sebelah kanan time ni, ade tournament, habis sume lane diorang sapu.

sebelah sini pun same gak, hampir separuh dari semua lane jadi hak milik diorang. 

haaaa. ni bukti yang aku main memang bukan menang score tapi menang gaya je. (aku : jenkins) dah la nama nak poyo. kalau nak one on one ngan Cik Eah, memang tak dapek la beb. hahahaha. nak tau bape skor die plak, klik kat nama die.





Haaaa bukan bowling saje. Archery pun ade beb. RM 7.00 untuk 12 anak panah. Aku tak penah langsung pegang mende alah ni. Saje hati kering nak cube. Aku pun tengok orang lain tak berani, aku saje je la try ngan member aku. Time aku ngan die main, macam ade radius 3 meter dari kitorang dengan audience di sekeliling. Dan aku rase aku paham kenape. Silap haribulan, bukan kene target, kene anak orang. Haha. Ni sedikit bingkisan :










Encik Panjang yang poyo. tengok depan lah!

aku a.k.a Cha'in Hood. =P

ni skor Encik Panjang.....

dan ini skor Cha'in Hood. yaaa sekali lagi saya hanya menang gaya...-_-"



Kat mane tempat ni? Senang je. Kalau dari luar Melaka, keluar dari tol Ayer Keroh, dah terus dapat jumpa tempat ni. Nak memudahkan lagi, ni aku kasi map. =)





p/s: da puas keluar, balik rumah, sempat tido, bangun makan ape semua, tapi still, member yang berdating tak balik2 lagi. Mak aii korang memang HARDCORE. hahaha

7yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails