Pages

Monday, March 08, 2010

Coconut Shake Kelebang



Coconut shake ataupun Nyiur goncang sekiranya diMelayukan. Ini adalah dessert yang mula meningkat nama di Melaka. Aku ingat lagi mase aku mule mule start belajar kat Melaka, gerai dia sangatlah sempoi. Atap kanvas, kerusi plastic, pastu tepi jalan. Tapi pengunjung die, mashaAllah, kalah orang beratur orang beli nombor ekor kat Ocean tu ha.

So, ape yang menarik sangat mende ni? Coconut shake ni basically, air kelapa, ais, gula, ais krim vanilla, isi kelapa, dan sedikit creamer yang di campur aduk dan dikisar sekali. End result, fuuiiihhh, nikmat beb! Tengah tengah panas, dapat mende ni, memang lepas tu terasa nak berdansa je kaki. Seronok beb. Haha.

ni adalah sedikit sebanyak tentang gerai ni:





ni time peak hour. aku cukup benci datang time ni. =p

tengok je la, ramai beb. tu yg kat luar tu stakat tapau je tu.

tempat diorang membancuh mende "berhantu" nih. haha

sehari entah bape banyak kelape tah, aku rase, cukup gak la satu kolah.

ade gak makanan sampingan macam bihun, kuih dan nasik lemak yang wahlawei!

selalu aku order shake special. RM 2.00 je. ape yang special, die tambah lagi satu extra scoop of vanilla ice cream. =)

aku suke kacau biar sebati. dan lepas minum, aku akan menari. haha.





selain tu, air tebu dan air kelapa biasa pun ada jual. kalau nak mengunyah, boleh je order goreng pisang cicah kuah kicap pedas kat kedai sebelah. tapi tak bukak la plak masa aku datang ni.

kat mane tempat ni? sila tengok map di bawah.

macam biase, X mark the spot.
hah! mai mai turun melaka! roger roger je, aku leh tolong tunjuk. lagipun, kan Malaysia tengah boleh tahan panas, memang sesuai beb! =)

13yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails