Pages

Monday, March 08, 2010

Fantasi mengatasi Realiti


Haaaaaaa. Niat aku menulis sesuatu seperti ini, datang selepas aku join GengBlogger. Aku teruja, bermacam macam lagi yang aku tak tau, pasal kancah berblogging nih. Ade satu contest kat GengBlogger, Kisah Paling Seram. Tidak, niat aku bukan sebab nak join contest tu. Ye lah, aku ni baru je join komuniti macam macam ni, nantilah kalau dah betol jadi blogger tegar, baru aku testing join join contest nih. Aku ni baru je lagi. Tak ubah macam pantun bawah ni:


"Buah cempedak di luar pagar
    Ambik galah tolong jolokkan
Dah jolok belom?
    Dah? Betol? Haaa jom lah makan ramai ramai.."


Yaaaa. Aku sendiri pun tak ada kisah seram yang betul seram. Ada la sedikit, tapi tu tak cukup seram pun. Cerita kat budak darjah 2, mau die baling botol air kat aku sebab bosan. Tapi, cerita cerita seram diorang, buat aku teringat beberapa Urban Legend yang diceritakan sejak turun temurun, yang mana menjadi batu teras kepada jeritan jeritan aku sewaktu menonton Ju-On ataupun setakat cerita Kekasih Ku Seru di TV3. (nak dengar aku jerit macam bapuk? Belanja aku tengok wayang cerita hantu. Memang lepas tu korang dah tak nak dah tengok dengan aku.) di samping tu, aku pun ade teringat beberapa superstition yang dah diterapkan sejak kecil lagi. Nah, ini adalah contoh Urban Legend dan juga superstitions yang diceramahkan kepade aku sejak aku baru mengenal erti bersembang.


Cerita 1 : Hantu Kum Kum

Mak aku selalu pesan, time maghrib, tutup pintu. Senja senja balik cepat. Jangan main pasir dah kat luar rumah. Nanti Hantu Kum Kum datang. Macam mane Hantu Kum Kum ni? Well, ikut ape mak aku cakap, dia selalu datang time senja, kasi salam. (tu kut yang datang nama Kum Kum tu? Tapi...boleh pulak hantu kasi salam ye tak?) hantu ni selalunya berbungkus, sambil bawak bayi kat tangan. Dia akan mintak susu sikit, kalau tak ada, siape siape yang bergelar budak dalam rumah tu kene ikut die. Mak aku cakaplah, aku dah besar, buat ape nak ade susu dah, so, baik aku duk umah diam diam bile hari dah nak dekat senja. Bile aku pikir, ini taktik nak kasi aku mandi cepat sebab lepas tu nak kene pergi mengaji. Lagipun, mak aku letih dah kut dengar aku bising pasal tungau. Tu yang die anti gila aku main pasir depan rumah.


Cerita 2: Belalang Pelesit

Tiap kali masuk belalang ni, aku lah yang kene pegi cari penyapu lidi pegi pukul binatang tu sampai mampus. Belalang ni dikatakan jelmaan pelesit, yang sedang menjalankan operasi reconnaissance di rumah orang. Rupe die macam kepale kuda, sebab kepale die lonjong. Aku tak nafi bende ni, sebab jin memang boleh menyerupai binatang. Cume, bile ade lipas dengan tikus, aku rase same je tahap keganasan yang diarahkan mak aku. Yang tu, jelmaan ape pulak? George W Bush? Kalau ye, aku berbesar hati memukul. Haha.


Cerita 3 : Ampaian Suwey

Jangan lalu bawah ampaian, nanti nasib boleh jadi buruk. Kenape? Sebab segale air baju tu akan menitik, nanti kena. Di paham kan suwey manusia tu melekat kat baju, bila cuci, die akan tanggal. Kekadang kalau aku main main kat bawah ampaian lepas mak aku basuh baju (teruja bau sabun Fab), mak aku cukup melenting. "hang ni kang kena sial kang! Gi main jauh jauh!". Bila difikirkan, ade logiknye aku tak dibenarkan main. Baju sekolah warna putih, tangan aku pulak penuh tanah. Memang kombinasi mintak pelempang. Mak aku penat basuh, aku lak tambah corak. Lagi satu, yang ni sebab safety. Aku penah, naik basikal laju laju, pastu redah tali ampaian dawai hak yang haluiihhh tu. Adoi yai. Basikal gerak lagi, tapi aku dah tertinggal bawah ampaian, sambil pedih menahan birat di tengkuk.


Cerita 4 : Volkswagen Kuning

Yang ni, tak payah aku cerita panjang lebar, memang Urban Legend Malaysia paling terkenal. Memang majority tau kisah ni. Kisah Lebuhraya Karak. Kereta ni akan memotong tak habis habis. Dah overtake, pastu dia overtake lagi. Dan lagi. Dan lagi. Mungkin moral dia ialah, memandu hati hati. Ape yang buat aku seronok, memandangkan ni Urban Legend yang sangat fofular, memang banyak variasi dah cerita ni. Member member kat sekolah rendah aku, kalau bercerita, biar cerita tu sama, asalkan penambahan tu berlainan. Biasa lah budak sekolah. Bas Kuning, Moto Superbike Kuning, Beca Kuning. Tinggal Power Rangers Kuning je yang takde sape nak sebut lagi.


Cerita 5 : Hantu Purdah

Mase kisah ni hot, aku baru form 1. Dikatakan seorang gadis silap menuntut ilmu, pastu jadi huduh, dan memakai purdah untuk melindungi muka nya yang tak ubah macam Mak Lampir. Dia perlukan darah 44 orang anak dara sunti untuk kembali pulih. Time tu aku pikir, nasib baik aku ni teruna. Pepehal pun, memang Malaysia kecoh pasal bende ni. Anak dara sunti pukul 5 je dah kene duduk rumah tak keluar keluar. Di laporkan terdapat kelibat kereta Kancil Merah milik hantu ni kat sane sini. Semua orang jadi baik gak la time tu. Susah gak nak tengok gadis gadis kampong aku berpeleseran memalam pastu. Bukan je gadis kampong, bujang bujang yang selalu bertenggek kat tepi jalan pun lesap, reramai mengimarahkan surau. Ye lah bukan ape, buatnye tengah sedap suwit suwit anak dara orang, tersuwit si akak purdah ni. Tak naya?



...aku menulis ni pada pukul 3 pagi..banyak lagi yang aku nak cerita.. Aku rase len kali la kot aku sambung..tingkap ni da bunyi bunyi la plak..-_-"

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails