Thursday, March 04, 2010

Romantis


I sayang sangat kat u. U tak tau mende ni. Ape yang u tau, menghadap yang lain kat depan laptop. Walhal, i yang selame ni duk tunggu u layan i, u tak penah pun nak amik tau.

Walaupun i ni taklah semenarik yang lain, tapi i care kat u. I tau, i ni tak seronok mane. Layan i ni busan gila. Nak banding layan i dengan pergi tengok wayang, nyanyi kat karaoke, memang seperti langit ngan bumi.

Pada mulanya, i bangga, sebab u sanggup berhabis duit pasal i. I bangga, ada jugak yang nak menghargai i ni. Shukeeeeee cangat u tau x?

Tapi..u dah berubah..

I ni dicampak ke sane sini. U buat tak endah je. Memang lumrah, setiap orang pasti berubah. Menci tau~!

Bile i tengok u, u rajin je melayan sepupu i. Padahal, kalau u nak tau, tak de faedah nye. Sepupu i tu teruk tau. Walaupun u rase dengan die u tak rugi sangat, tapi u tak sedar tiap tiap minggu duit keluar macam tu je.

Bile dah time terdesak, baru u cari i. Baru la u terkocoh kocoh nak layan i tetengah malam bute. Tapi bile u tension, u libas libas i ke sane sini. Same gak. I ni tak ibarat habis madu, sepah dibuang. I malu! Malu tau! Kalau la i leh bersuara, nak je i ckp "puk kang!

Tapi, tak mungkin lah i rase. Sebab, i tak biase. Biarlah, walaupun kekadang i ni macam alas untuk u letak cawan u, tak pun alas untuk tetikus u sewaktu u sebok menembak orang depan laptop u. Tapi i tak kesah.

I tengok kawan kawan i, semua terjaga. Pakaian diorang pun cantik. Paling kurang la, i mintak plastik transparent tu je dah cukup. Please la u. I tak sanggup dah kena hujan, air kopi dan sebagainya. Namo dahhh!

Bile je la u perlukan i? I rase, dalam 6 bulan ni, awal awal je u layan i. Tu pun sebab u kene pakse. Time cuti lagilah. U balik rumah u, memang i tinggal la sengsorang. Bukan i sorang je, kenalan i pun same. U memang playa! Buaya!

Duduk lah i menunggu, sampai kapan pun i tak tau. I sedih, tapi apa kan daya. I selalu dengar u nyanyi lagi Qiara – Hanya Padamu, tapi, i tau, u bukannye nak tuju kat i..

I sedar...

Ini lah nasib i sebagai seketul buku teks.

10yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails