Pages

Friday, February 26, 2010

Dari Dua Zaman (2nd part)


Mari bersambung berborak. 1st part sebelum ni, hanyalah membincangkan tentang teori pertama. Iaitu perbezaan antara zaman dahulu dan zaman sekarang. Teori kedua wujud setelah persoalan ini ditanyakan semasa diskusi bersama Cik Eah.

"weh, ko dulu dulu main tak digimon, laser, yo yo pe semua?"
"main gak, gila gila ah aku main, sampai nangis2 kalau tamagotchi aku mati"
"asal sekarang x de dah kite nak semangat ha? Umur meningkat?"
"tak gak, senang je, sbb bende tu dah jadi affordable"



...hurm...

Tiba tiba semua make sense. Btol gak. Aku rase, it applies to everything. Macam mane tu ek?




Amik contoh permainan time kite kecik2. Laser lah, yo yo lah. Mase tu duit income hanyalah 2 inggit sehari untuk 5 kali seminggu buat belanje di kantin. Seminggu tu dapat la save 1 ringgit. Punye lah makan masa kalau nak beli yo yo yang hargenye 30 inggit gak la paling murah. Tapi, bila income kita dah makin bertambah, dari 2 inggit, kepada elaun mingguan yang mungkin 30 inggit semasa kita sekolah menengah, dah tak pandang dah semua2 ni. Mule meliar cari jeans levi's plak yang beratus2 harganya.


Kalau dulu, mak bapak belanje KFC, punyelah seronok. Kalau dah habis makan tu, tak nak basuh tangan pun takpe, biar bau tu melekat. Bak kata slogan KFC, 'sedapnya hingga menjilat dinding'. Tapi kalau sekarang? Laparlah macam mana pun mase dekat shopping mall, KFC tu kira tempat paling last la nak pegi. Seoul Garden dengan Secret Recipe lebih menarik perhatian, biarpun wallet dah nyawa nyawa ikan.


Sentuh pulak pasal kehidupan di kampus. Kalau duduk hostel, ade curfew. Pukul sebelas malam dah tak buleh keluar dah. Jadi, ape lagi? Overnight lah! Tak kesah tidor dalam kereta, dengan badan bau jeruk. Asal dapat melampiaskan geram berkaraoke dan menikmati udara malam. Tapi bile dah duduk rumah sewa? Mengular sepanjang masa. Nak keluar makan pun malas. Tinggal mintak member order je.


Same gak dengan gadget2. Geram btol tengok orang pakai hp canggih2. Tapi tu hanya pada waktu PTPTN tak masuk lagi je. Bile dah, memasing berlumba gi beli yang tercanggih. Sebut je ape ade, semua ada. Tinggal lagi nak letak ceper Astro je kat hp. Haha. Walaupun begitu, bila PTPTN sem depan keluar, hp yang punyelah canggih ni, dah tak nampak secanggih mane dah iye tak?


Lastly. In relationship pun ade gak teori macam ni. Masa jenuh berperang nak ambik hati si dia, punyalah sanggup bersusah payah buat itu ini. Sekali dah btol dapat? Hurm, lu pikirlah sendiri..



Kenape ek??

Because it has become affordable. =)

8yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails