Pages

Tuesday, February 23, 2010

Rancangan Bujang Memasak : Cheese Fondue


Huih. Aku sangat suka cheese. Bagi aku, kalau seseorang tu tak minat cheese, sebahagian dari kehidupan dia telah disia siakan. Hahaha. 

Cheese Fondue.
Ape tu? Ini basically cheese dippings yang sangat berhantu. Terima kasih kepada mak Razmin yang memperkenalkan aku dengan mende alah ni, aku terus tangkap cintan dan ingin belajar. (patot la ko gemuk Min. hahahaha)

Awalnya, aku fikir bende ni costly, dek kerana aku ni seorang yang bujang, jadi kalau nak menikmati bende bende macam ni, tunggu org belanje je lah. Tapi, to my suprise, mashaAllah, takdelah mahal mane bahan bahan dia. Yang dekat restaurant tu, memanglah, high end punya. Pepehal pun, bende ni boleh je dibuat di dapur sendiri, dan poket atau dompet golongan bujang masih mampu bisa tersenyum sekiranya ingin mencuba. hahaha.

Jadi, ni bahan bahan dia:
  • Kraft's Cheddar in a box
  • Susu Segar Dutch Lady (Fresh Milk, bukan Full Cream)
  • Buttercup
  • Lada hitam
  • Garam
  • Sedikit Italian Herbs (kat Tesco ade jual, die campuran herbs yang macam2. ade oregano, basil dll)
  • Tepung jagung
Susah ke nak masak? Jangan risau, tangan jantan aku ni pun dah berjaya, inikan tangan korang yang begitu lemah gemalai. Haha.

Cara masak:
  • Didihkan susu dalam periuk. Api biar slow. Didih dalam sukatan setengah kotak.
  • Bile dah mendidih, baling Buttercup dalam setengah ke dalam periuk. (baling tau, bukan letak secara sopan. hahahahah takdelah)
  • Kacau, dan bile dah sebati, letak Cheddar yang dah siap diparut. Pepehal, parut sampai setengah.
  • Kacau, dan rasa lah sikit. Key point die, biar terase lemak, dan cheesy at the same time.
  • Lepas tu, a bit of salt and pepper action. Just to give a taste.
  • Italian Herbs pun dah leh dah taruk sikit sikit.
  • Tepung jagung tu bancuh lah dulu siap2 dengan air suam. Agak agak dalam semangkuk.
  • Bile semua rasa dah ada dalam kuah cheese tadi, slowly masukkan tepung jagung biar pekat. Masuk sikit sikit, jangan main redah je, sebab nak mengelakkan kuah cheese ni dari berketul ketul. Agak agak dah pekat sikit, settle! Tapi, terpulang gak kat sesetengah orang. Ade yang suke pekat, ade yang suke cair, ade yang tak kesah asalkan die tak payah masak sebab tau nak makan je. hahahaha
Walla! Senang je. Ade macam macam cara untuk mengaplikasikan kuah ni dan mende yang korang boleh cicah.

Letak kat atas spaghetti atau lasagna sebelum masuk dalam oven.....

..or simply amik nachos, cicah! wuhuu!

tak susah kan? siapa kata student takleh menikmati masakan mcm ni. haha. happy cooking! =)

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails