Pages

Sunday, February 21, 2010

Dari Dua Zaman


Yaaaaaa bertemu kembali kita di rancangan Rojak Suasa! Akibat kepenatan membawa motor lebih tiga jam dan terpaksa mengelak – ngelak kereta rosak yang entah kenape sgt banyak tadi, aku makin menjadi hyper. Jadi, mari sambung merapu.



Sepanjang cuti seminggu di rumah, aku menjadi sgt pasif. Tetapi deria observant, ditambah dgn diskusi lewat malam bersama Cik Eah, menjadikan aku semakin peka dgn keadaan sekeliling. Seminggu aku di rumah, aku hanya melayan anak buah yang makin hari, makin menjadi jadi kepintaran mereka memeningkan kepala aku.

"pak su, tuka channel 9! Ade dora!"

"pak su, mama ckp nnti pak su kene belikan kiterang PS2."

"fuyyo, best nya game kat internet ni!"

"tadi papa bawak pegi makan Papa Chop, Mama Grill. Sedaaaappp!"



Aku terpikir, pada masa usia aku di baya anak anak buah bertuah ni, adakah perkara perkara ini yang aku utarkan? Kanak – kanak sekarang banyak disajikan dengan hiburan di hujung jari. Klik keyboard, dah bleh berseronok dengan game itu ini. Pegang remot control, dah bleh tgk macam macam.


Berbeza dengan dulu. Memang berbeza dengan dulu. Haha.


Kalau dulu, nak tgk tv, kene tunggu 5 30 ptg, baru dpt tgk. Sebab tv1 tunjuk kartun time tu. Nak btol seronok, tunggu sabtu ahad. Dari pagi ke tgh hari macam macam kartun. Tapi terhad kepade 3 channel je lah. Tv 1, 2 dan 3. Mane de Astro time tu.

Muvii? Pegi cari tape kat pasar malam sudah. 20 inggit satu tape. Habis tgk, jenuh nk kene rewind balik.

Makan mewah? KFC dgn McD tu pun dah sgt bahagia kalau mak bpk pegi bawak.

Counter strike? Tak main la pc pc ni. Live action sudah. Senapang terung belanda, lastik getah bersama kertas, straw dan kacang hijau; adalah perkakasan yang begitu mengasyikkan.

Game street fighter? Memang best, tapi x leh lawan laga spider, ikan laga dan belalang. Habis sekolah, masuk semak sane sini gi cari binatang tu. Lagi satu, lawan pemadam, pensel, biji getah dengan batang aiskrim. Punye la menghayati, sampai begaduh2.

PSone dan PStwo? Dulu macro genius je. Atau lebih dikenali dengan game tape. Satu tape 30 inggit. Game paling layan, Contra dengan Mario. Punye hebat main sampai tutup mata pun leh menang. Hahaha

Game PES, Winning Eleven dan FIFA? Tak penah dgr pun. Yang aku tau, main lawan bola gune bola mini kertas dan kertas kadbod dilipat jadi player. Tepuk kertas tu, biar bola masuk gol. Siap ade tournament lagi beb!

Ekonomi rumah tangga? Tak payah tunggu masuk form 4. Main mak mak, kawin kawin dengan kerja kerja dah sgt cukup. Haha

Aktiviti untuk melatih diri jadi atlet? Main skipping rope. Allocate seminggu tuk kait getah kuning tu dan walla!. Dapat la satu skipping rope.

Haute cuisine? Belalang kunyit, batang bunga jenjarum adalah sesuatu yg sgt seronok dimakan selepas sembahyang jumaat.

Merempit? Dah memang sebati. Menangis mintak mak bapak belikan basikal BMX tak pun Chopper. Tak pun kumpul duit raya bertahun tahun. Dah dapat basikal pun menangis gak. Sebab petang petang jatuh longkang.

Role playing game? Final Fantasy masih lagi tidak masuk di dalam gambar. Yang ada hanyalah buku latihan kosong, sebatang pen dan imaginasi yang sgt sgt geliga.

Beyblade? Gasing pangkah la weh! Either beli kat kedai yg plastic punye. Tak pun cari jambu batu, ukir elok2, sumbat paku. Jalan!




Hahaha. Senyum sorang2 aku. Teringat zaman carefree nih. Nak gi main layang layang ah! Nyyyaaaaaaa~

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails