Pages

Friday, February 19, 2010

Sarkastika Ekstravaganza


Sarkastik? Ya. Itu saya.



Saya suka menjadi sarkastik. Kenapa?

Hidup saya ceria. Hidup kawan kawan saya pun ceria.



Macam mana saya menjadi sarkastik ini?

Terima kasih kepada bekalan buku Ujang yang tidak pernah putus semasa saya kecil. Terima kasih juga kepada rancangan Usop Sontorian yang keudara pada waktu maghrib yang mengakibatkan saya ponteng dari pergi ke surau. Terima kasih juga kepada rakan rakan yang otak mereka tidak penah kering idea untuk membuat kan orang lain muntah akibat ketawa.



Apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi sarkastik?

Senang. Banyakkan makan ulam. Entah lah.



Apakah terdapat cabaran dalam menjadi sarkastik?

Ya. Mesti. Saya perlu berdepan dengan leteran cikgu sekiranya mengganggu ketika pembelajaran. Tidak lupa juga mangsa belasahan rakan rakan sekiranya lawak saya tidak menjadi.



Berikan contoh situasi sarkastik anda?

Ya. Pada satu malam , saya makan beramai ramai bersama encik Khairul dan rakan rakan seperjuangan.Sesambil memakan dessert chocolate banana with ice cream, Encik Khairul pun mengutarakan idea. "Pe jadi kalau anak2 kite kawin, kite kene berjual beli pantun? Kalau aku, aku buat pantun mcm ni"

Ini pantun encik Khairul :

    "French fries, beef stick,
        Ape kate kite merisik?"

Saya memberi cadangan. "keoi, time tu orang da sangat malas nk pantun. Aku rase pantun die mcm ni.."

Ini pantun saya:

    "Tisu merah.............hah kite tunang kan je. Buat pe nak panjang2 ye tak?"

BRRRRRRRRUUUUUUUURRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!

Ya, saya dibelanja chocolate banana with ice cream secara percuma oleh encik Khairul. Tapi bukan melalui pelawaan, malahan secara paksa, dan terus dari mulut encik Khairul, dengan cara penyemburan.



Jadi, apakah kata kata konklusi anda sebagai seorang sarkastik?

Jangan buat lawak bila orang yang kat depan mulut tengah penuh. Terima kasih.


p/s : tribute to Keoi. =D

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails