Pages

Wednesday, April 14, 2010

Ana Uhibbu Al Lughah Al Arabiyyah

Jenuh aku menghafal buku teks Ar Raid dari malam. Esok nye ada oral test. Sebelum ni, aku letih dah nak mengamuk dengan Movie Maker dek kerana nak siapkan esaimen role play arab. Habis kokak bantal aku dek kerana di belasah.

Tengok signboard, nampak tulisan arab. Tulis message, pun nak tersasul arab. Member member pulak sibuk pakai tudung gaya Lebanon. Aih, petanda cemerlang ke ni?

Dengan yakin nye aku melangkah ke bilik lecturer.

aku : "assalamualaikum ya ustaz"
ustaz : "waalaikumussalam ya Shahril. tafaddal tafaddal." (masuk masuk)

Dan ustaz pun terus bertanya tanpa segan silu

ustaz : "khaifa haluk ya Shahril?" (apa khabar Shahril?)
aku : "ana bi khair alhamdulillah" (saya sehat alhamdulillah)
ustaz : "mata yabda al imtihan?" (bila kah peperiksaan awak bermula?)
aku : "yabda fi ishrun min Abril" (bermula pada 20 haribulan April)
ustaz : "wa yantahi?" (dan berakhir?)
aku : "yantahi fi khamsa min Mayu ya ustaz" (ia berakhir pada 5 haribulan Mei)
ustaz : "naam. ma'a man nuraji li al maddah?" (dengan siapa awak belajar subjek itu?)
aku : "ma'a sadiqi" (dengan rakan)
ustaz : "mata tasta'idd li al imtihan? (bilakah persediaan awak untuk peperiksaan?)
aku : "ana asta'idd min awwal Saptimbar" (saya mula mengulang kaji dari awal September)
ustaz : "eh, awal betul awak ulangkaji? periksa start April, September tahun lepas awak dah ulang kaji?"
aku : "alamak! saya nak sebut "samistar" lah ustad~' (samistar = semester)

Haihhhhhh. Harapan la nak markah tinggi. Quiz pun aku selalu ponteng. Test pulak, bukak bluetooth tunggu member hantar gambar. Lain la kalau esaimen tu, suh gi makan makan Roti Arab ke ape. Perut kenyang, markah pun cemerlang.

18yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails