Tuesday, April 13, 2010

Tawaran Hebat





"dah dapat duit Yayasan Seremban ni, aku ingat nak beli handphone baru lah" ujar Fitri si budak lempam menyuarakan isi hati. Aku pulak membelek belek handphone aku. Nak tukar ke tak nak? Ikut perangai masa diploma dulu, memang berlomba lomba beli. Sorang beli Sabun, yang lain dah sebuk cari Daun. (yang lain tu aku lah salah seorang).


Nak nak pulak ada Mobile Fair kat Tesco. Dengar kata murah murah.


Jadi, aku pun menonong pergi ke Tesco Melaka. "walaupun santapan harian hanyalah burger benjo, tapi hidup mesti penuh gaya" ujar aku menyedapkan hati.


Sesampai di situ, aku pun melihat kesini dan kesinun. Ramai gak orang datang. Semua muka semangat. Tak kurang orang beratur kat ATM. Tampak gaya student tu. ATM tu ATM Maybank. Memang memasing dah tak kesah hilang seringgit pasal MEPS, nak keluarkan duit PTPTN punya pasal.


Aku ronda ronda. Aku teliti satu persatu persatu offer. Rasa nak gelak.


"Sony Ericsson Walkman latest model! RM 399 only! 12 megapix camera, 8 gig internal storage!"
"Sony Xperia! Touch screen with online live telecast! For RM 499 only!"
"Blackberry for RM 395! Buy one, get another one free!"


Aku terus belah. Tu konpem CSL punya handphone. Wak lu....


 Beli spender pun takde offer dapat free lagi satu.

9yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails