Pages

Sunday, April 04, 2010

Hakikat


Deru kipas dan keselesaan tilam di pagi hari ini, memang sesuatu yang begitu menyelesakan. Terdengar kicauan burung cip cap cip cap di luar tingkap, duduk di atas ampaian jiran sebelah sambil bergosip tentang baju baru yang tersidai di situ. Tiada satu pun kedengaran enjin kereta Peroton Terbo yang selalu memecah keheningan pagi.

Di tolak tepi selimut, dan bingkas seorang pelajar ini bangun dari tilam nya. Satu persatu baju dimasukkan kedalam mesin basuh otomatik, dan punat nya di tekan.

Di pusing tombol pancutan air, dan pelajar ini menikmati dengan begitu asyik setiap titisan. Sesudah diri ini dirasakan bersih dari daki, pelajar ini pun memilih baju casual untuk dipakai. Wangian sabun mandi yang melekat di badan kala pukul 11 pagi adalah sesuatu yang begitu menggembirakan

Duduk dia di hadapan ikan laga, dan sebutir demi sebutir makanan ikan diberikan. Ah begitu mengayikkan sekali liuk lentuk ikan laga ini mengejar makanan, dan mengeluarkan tahi ikan dek kerana kenyang.

Terasa seperti ingin berbuat sesuatu di hari yang indah ini. Tapi, tunggu sebentar.

Di lihat nya kalendar.

Hari ini hari Ahad

Maknanya esok Isnin.

Ligat otak pelajar ini.

Ah ha!
Isnin : Malaysian Derivatives' 2nd test
Rabu : Investment Analysis' 2nd test, Arabic's 2nd test
Khamis : Monetary Economics' 2nd test
Tak ingat hari apa : Ethnic Relation's 2nd test
Tak tau hantar bila : Role Play Arabic.

...
...
...
Tepuk bantal. Bukak kipas. Tarik selimut.

9yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails