Wednesday, March 31, 2010

Derma Jangan Tak Derma

Sesudah aku makan kat food court, aku mula beransur naik ke tingkat 4 di bangunan kampus. Di lihat di situ, penuh orang berkerumun. "Pe jadah diorang ni? Dapat Big Apple free? Sodap gak" fikir aku yang selalu mendahulukan perut dari otak.
Sesampainya di situ, terlihat kelibat putih ke sana sini sedang sibuk dengan sesuatu. Dan darah bergumpal gumpal di merata tempat. Kelihatan mangsa mangsa pucat keluar dari ruang dewan tersebut. Aku risau. Aku ni tengah mimpi ke? Atau aku dah termasuk ke dunia lain? Mulut aku mula merangka ingin membaca ayat ayat pelindung dari gejala setan...

Poyo.

Macam bagus.

Boleh ko berenti berangan tak?

Haha. Saja intro gitu. Dekat kampus aku ada kempen derma darah. Semangat betul rerakan kelas aku gi donate.

"asal korang semangat nak donate?" tanya aku.
"entah. aku dah 4 kali. nak meneruskan legasi"
"kalau lebih berape kali, ko akan dapat cop, pastu kalau pergi medikal chekap, free je weh"
"tampak macho la seseorang lelaki tu menderma sambil berparut di lengan...."
"aku nak air kotak ngan roti free, tu je.."

...macam gampang....

cakap banyak tak gune, nah tengok gambar.

ini tengah klasifikasikan darah. aku tak penah tau aku darah ape. darah Mahsuri kut? nyahahaha

Botak seronok sebab lepas ni leh dapat air kotak ngan roti.

tengah check pressure pun dah takut, tak belia la lu Ijal!

ya itu dia Si Gadis. Lepas ni dia leh bantai tidor kejap. Siap berdengkur. (haha takdelah)

Poyo sungguh. Masa cucuk takda la pulak ko nk posing gini.

Haha. Bagus sebenarnye derma darah ni. Banyak kebaikannya. Orang kata sapa nak tambah berat badan, kalau derma, naik sikit pastu. Tak tau la betul ke tak. Tapi pepehal pun, kita buat jariah. Sedekah. Khidmat masyarakat. Baru tadi aku dengar berita, Din Beramboi masuk wad sebab koma kena virus kencing tikus. Sekarang dia perlu banyak darah O. Mana datang? Dari penderma penderma lah jawapannya.

*Pengunjung restoran : "mana tokei kedai? tak nampak gambar pun? lu berbual satu kali la tokei.."*

Mana aku?
Korang betul nak tau?

"alaaaaa. best nya korang leh derma" ujar aku dan Ajie. Beliau tak dapat derma atas alasan lain. Aku pulak sebab tak cukup berat. CIS!

P/S : Haihhhhhhhhhhhhh......kene gi makan lagi banyak nih....Sapa rajin nak belanja? Bantulah aku atas dasar kemasyarakatan. Aku nak menda kat bawah ni eh??~ 
=p


6yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails