Pages

Monday, March 29, 2010

Sally

Oh Sally.
Entah apa cerita kau, aku pun tak tahu.
Aku teringat, pertama kali kemunculan kau.
Sewaktu aku tak tahu menahu ada apa di Melaka ni
Sewaktu aku masih lagi budak hingusan di Kolej.
Sewaktu aku sedang mengamuk ngamuk menyiapkan assignment.

Kau muncul, menguntumkan sejuta senyuman, di samping perut mu yang bunting.
Dan kau mengutarakan perkataan pertama kepada ku.."miow.."

"miow?"
Ah.
Terasa ringan seketika dunia waktu itu.
Walaupun kau tidak mahu, aku terasa nama 'Sally' itu sesuai dengan mu.

Pulang dari kelas, kau setia menunggu di depan lif.
Pergi aku ke kelas, kau mengekori aku dengan seribu langkah.
Aku panggil, berlari lari anak kau ke arah ku.
Malam malam, kau menemani aku membuat kerja persekolahan sambil dibuli oleh aku.


kepasrahan jelas ternampak


Tatkala suatu hari itu, kau senyap setelah penat jerih tekak ku menjerit.
Merajuk?
Risau pula aku.
Tetapi..
Terdengar sahutan halus dari jauh.
Aku pergi mencari punca suara.


dari atas : Abu, Jesnita, Salman dan Jacky


Terkesima aku seketika..
Dan selepas itu, ku tatang mereka, seperti mereka itu termasuk sekali di dalam CGPA aku.


Dan ketika hari itu, mereka mula mengorak langkah pertama..


 "tengok aku jalan buntut dulu~!" ujar Jacky
"tunggulah sat wei! tau lah aku lahir paling last!" ujar Abu pula

Mula dari merengek, bertatih, hingga mereka pandai berlari lari, dan melompat lompat, banyak masa  terluang aku habiskan dengan mereka.
Sampaikan assignment aku pun tak terjalan.

Bangun pagi aku, banyak formasi tidur yang ku lihat di luar bilik.

posisi ying yang mungkin? feng shui habis la korang 
"ape pepagi tangkap gambo? nah tengok ketiak." ujar Jesnita

ringan je kaki aku nak uli uli die ni. gedik gila posing
aku sumpah tak paham camne la korang leh tidor gini

Tetapi..
Masa aku tidak lama di Kolej.
Kehidupan aku di Melaka, memerlukan aku menyewa.
Letih juga aku nak overnight malam malam.
Aku pun ingin menikmati Melaka seadanya.
Ku tinggalkan Kolej, dan juga Sally, dan juga mereka.

Apa cerita mereka  sekarang?
Sally masih lagi berada setia di Kolej

Aku ada dengar cerita.

Abu, Jesnita, Salman dan Jacky..
Sedang menjalani latihan praktikal di warung warung kopi di hadapan Kolej kami.

10yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails