Pages

Monday, March 29, 2010

Nostalgia Ikat Perut




Sekarang ni, hidup aku serba nipis.
 Serabut pun ada. Apesal?

Sabun lux skang dah nipis.
Colgate pun dah bergulung gulung, asal nak guna, kena tekan habis habisan.
Sabun basuh baju, kena senyap senyap curi kawan punya.
Kalau jarum minyak moto tu, dah cecah merah, still terasa sempat lagi 2 kilometer.
Makan? burger banjo je memalam da cukup, siang kene tidor.

Ahhhh..teringat pulak masa diploma kat Boston....


Masa dulu, nak makan, harap dekat dewan makan. Kekadang, lauk tiap tiap hari, hanyalah ikan jaket. Kalau makan ikan hari ni, kau kene expect ikan tu dimasak dua hari lepas. Sebab liat dia memang macam jaket kulit. Sengal habis.

Saat paling seksa bila tengah malam. Nak keluar tak boleh. Pak guard gampang. Dia tak tau ke anak bangsa Melayu ni tengah kebulur macam haram? Lapar weh. Jadi, kami sangat berterima kasih kepada syarikat Maggi kerana mencipta sesuatu yang begitu genius. Pernah sekali, 5 orang lapar pada masa yang sama. Nak masak satu satu macam payah. Jadi?

Amik baldi. Tuang air panas. Letak Maggi. Tutup ngan fail plastik. Wallaa~ jadi lah Maggi ambeng namanya.

Datang bulan puasa, dewan makan buat hal lagi. Sahur hari hari ikan jaket. Asal pergi kelas pagi, mesti pergi jamban dulu. Mana result tak corot? (hahahaha)

Jadi, kami mencari alternative lain. Tapau nasik kat luar dalam pukul 10, makan dalam pukul 2. Masalah di sini, kalau la bangun. Kau terbangun pukul 5, bukan jadi nasik, jadi jeruk.

Paling sengal aku pernah sahur, twisties. Macam haram. Serupa tak payah sahur. Lepas asar, perut dah macam ada landak lari lari.

Hari paling seronok, adalah hari rabu. Sebab, pasar malam ada. Mewah habis belanja. Tapi esok kene ikat perut sebab belanja tak ingat dunia. 

Kenapa aku rajin tulis mende ni?
Kenapa aku tiba2 tulis mende ni?

Salahkan perut aku..

Mak ai lapar nya!

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails