Pages

Sunday, April 18, 2010

Merah Merata Rata Dan Ketiak Berlengas (Laporan Gatsby Street Fair)

Ape nak buat kalau badan berpeluh dan bau hasyem? Sembur lah deodorant. Cara lain? Buat entri pasal Gatsby  Street Fair pastu tunggu invited ke tak. Cara aku? Menggedik kat orang mintak bawak aku sekali.

Yaaa dan pada 17th April 2010, bertempat di Times Square, aku menghadiri Gatsby Street Fair, dan merangkap kepada blogger gathering pertama yang aku pergi. Bukan calang calang gathering, masuk Guinness kot.

*sebelum tulis panjang, spray sikit deodorant..pssstttt!*

Okeh dah wangi. Kat mana tadi?

Sebelum tu, aku nak cakap terima kasih kat Qiha. Kesian dia dipaksa oleh aku untuk menginvite yang tuan empunya blog ini. Mula mula dia tak mau, lepas tengok gambar aku bertudung, terus dia setuju. (Nanti aku ajar kau macam mana nak ikat tudung gitu. hahahaha)

Pagi pagi lagi aku berjengket jengket keluar dari rumah senyap senyap. Bukan apa, malam balik lewat, pepagi dah nak keluar. Aku takut kene interbiu je dari mak aku. Mintak maaf mak, saya pergi menyahut seruan tanggungjawab.


Ramainya orang masa daftar, memang tahap tak hengat dunia. Terjengket jengket aku nak cari line mana yang kena beratur. Belom ape ape dah berpeluh. Tapi tak perlu risau, deodorant banyak kat event tu.

Dalam beratur tu, aku ada perasan beberapa blogger. Otak Ketat, Ery Farieha, Mel Romeo, Aus Melankolik, Sendra, Eyriqazz dan macam macam lagi. Aku tak berani nak tegur sangat, sebab aku sangat baru dalam arena ni. Banyak aku follow, tapi jarang aku comment. Gara gara broadband aku yang lembab macam siput, kene tunggu angin cantik, pasang surut laut yang betul sedap, barulah nak betul laju. Tapi jangan fikir lain, aku selalu baca korang punya entri. Serius nih. Tak percaya? Aku sembur ngan deodorant ni kang kalau tak percaya.

Aku jadi geram bila tengok backdrop. Sedap hati jer letak gambar aku.

Ni Qiha, berlatar belakangkan gambar aku.

Dalam kecoh kecoh bersempit sempitan di samping mata sakit sebab penuh kaler merah, ada beberapa blogger yang menegur iaitu Kapten Luffy, Dude, Sarah dan Azuan. Friendly diorang nih. Tak la buat aku rasa macam anak ayam ditengah tengah kota (pembetulan : anak ayam rambut pakai wax Gatsby)

 Aku dan Kapten Luffy. Mane topi jerami ko?

 Kapten Luffy dan Dude. Dude jangan sorok muka, susah Nuffnang nak letak muka ko kat backdrop.

Qiha dan Sarah. Sarah ni lagi hati kering. Datang sorang je beb. Fuihh

Ape yang disediakan? Macam macam! Senang cerita, sesiapa yang kempunan nak main main kat fun fair, boleh main free kat sini. Tolak tepi roller coaster dan yang seangkatanlah. 

 Game baling tin. Sape tin tak jatuh langsung, dia menang. Hahahaha takdelah

 Tak rase ade orang dapat lepas main bende ni. Kalau ada sila contact aku

 Bermain snooker di waktu malam akhirnya membuahkan hasil juga

 Maaf, kupon untuk effort semata mata tidak disediakan. 

 Boleh tak aku spin buah kelapa ni? Boleh tak? Boleh laaaa~

 Aku rasa ada staff Gatsby yang terkena dart. Kesian diorang.

Tembak depan lah! Depan! Bukan camera! -_-"

*jap. letih la menulis. pakai wax sat. serabai dah rambut aku*

Dan selepas itu, aku pergi ke Gunung Gatsby. Aku tak pernah wall climbing. Nak cuba, tapi takut. Masa tengah fikir fikir nak cuba ke tak, bro Azrul ada. Meh amik gambar meh.

Betul lincah kaduk seh dia panjat. Aku pun terus teringin nak cuba.

 "awak pakai macam pakai spender" bang, pernah la pulak saya ada spender jarang jarang macam ni kan..

 Iyearrgghhh!

 Dan iyeargghhh lagi!

Hoyeahhh! Ape lagi, Everest la pulak jom!

Haaaaa. Dalam tengah tunggu lucky draw, aku memberi tutorial memasang tayar kereta. Bukan nya apa, kesian kat Luigi.

 "skru ni kasi pusing bagi habis, baru guna besi tu. pastu bla bla ba bla..." ujar aku

dalam hati Qiha : "poyo betul. macam bagus. menyampah aku. ko tu pakai motor EX5 je kut.."

Sebut pasal Lucky Draw, hadiah dia memang tak hingat. Acer Notebook, Blackberry, Canon IXUS, Western Digital Hard Disk dan macam macam lagi. Tahniah kat bro Aidi Safuan sebab menang Blackberry. Ikut apa Otak Ketat cakap, kalau la ada pertandingan ketiak paling basah, konpem dia menang Acer Ferrari tuh. Hahahaha sengal betul!

Kalau lah ini termasuk hadiah lucky draw...

Malangnya, satu hapak aku tak menang pape. Tapi takpe, deodorant berlambak aku redeem. Termasuk wax. Sesambil aku tulis entri nih, aku pakai la sikit sikit. Oh ya! Aku dikira lucky gak. Kapten payung makan tengah hari. Terima kasih kapten!



All in all, aku seronok pergi event ni. Walaupun sakit satu badan sebab panjat Gunung Gatsby, tapi hati girang gemirang. Pasni ramai dah kenal muka, ada next event, inshaAllah aku tegur. Orait?

*lepas habis tulis entri, aku gi tengok cermin jap. terkejut aku!*

Camne leh jadi camni lak? Ish! Bahaya betul lah Moving Rubber nih.

p/s : ade orang tu kan, amik kupon kan, tak hingat dunia. aku report kat gadis Gatsby kang....

20yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails