Pages

Saturday, May 08, 2010

Azam Baru : Expected Dan Actual

Aku teringat lagi masuk sem baru baru ni. Yang baru lepas ni. Kebanyakan kengkawan dapat DL. Aku tak. Jadi, aku pun buat resolusi.

  1. Masa terluang antara kelas, spend time kat library baca balik apa yang dah di ajar kat kelas
  2. Kalau nak berjimba, hujung minggu sahaja. 
  3. Esaimen buat sikit sikit dari awal, alang alang dah ada internet connection.
  4. Biar bangun lambat, tapi jangan ponteng kelas.
  5. Berjimba hanya di had kan kepada bowling. No movie. No karaoke.
  6. Tak paham, tanya terus dalam kelas.
  7. Sem ini, sem bebas toyol.
  8. Masa final, walaupun tak tau, tapi goreng habis habis
  9. Jangan keluar awal waktu final
  10. Berhenti melepek depan kampus mengusha junior junior..
Dan ini apa yang terjadi
  1. Library tu memang pergi, tapi pergi mengular kat sofa lembut. Jahat betul sofa itu.
  2. Hari biasa jimba, lanjutan nya pulak terus sambung hari minggu
  3. Esaimen tolak tepi, facebook datang dulu
  4. Kelas 8 30, bangun 8 15, tutup mata kejap, bangun balik pukul 10.
  5. Memang bowling sahaja, tapi ape namanya kalau orang duk sibuk menggelabah test minggu depan, awak nya seronok gedegung gedegang angkat bola 9?.
  6. Tak paham, tidur sudah.
  7. Sem ni, toyol baru di bela. Toyol bluetooth namanya.
  8. Masa final, nak goreng langsung xda minyak. Aleh aleh tulis balik soklan.
  9. Orang nombor satu keluar awal
  10. "Fullamak...tu tu, yang pakai tudung selendang garis garis tu..*suwiiitt suwiiiitttt*.."
Banyak orang kata, azam baru ni:
hangat hangat taik ayam.

Suggest peribahasa baru sikit nak?
ibarat taik ayam lama, hangatkan balik je ulang ulang.


6yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails