Pages

Sunday, May 09, 2010

Ranjau Lebuhraya

"suke eh ko paper dah habis? bila nak balik?"
"haha, musti ah! em, ntah, paper habis memang best, tang nak balik tu je malas..."

Dan hari hari berlalu dengan aku masih lagi rileks rileks di rumah sewa menonton movie dan bermain game puas puas sambil mengqada' tidor.
Bila masa screen laptop ni makin bosan aku tengok, aku rasa dah sampai seru untuk aku pulang ke Subang.

"plug motor da tukar, minyak dah tapau, angin dah isi, baju dah kemas, bilik dah bersih. Settle! Ambo nok kelik lah!"

Bermulalah perjalanan pulang aku yang kebiasaannya diiringi lagu lagu rock kapak dan lalakan lalakan buas di atas motor bagi mengelakkan perasaan ngantuk.



"alamak, awat besau na awan hitam tu?"

Hati aku dah sangat tak sedap. Tengok signboard, RnR paling dekat ade lagi 19 kilometer. Ktik ktik air hujan menitik. Aku pecut lagi laju, nak kejar RnR

Sesampai di RnR Pedas Linggi, broooommm hujan turun. Memang nasib baik. Alas perut sikit dengan buah, then aku teruskan ke RnR Seremban. Nampak gaya dah tak hujan.

Signboard menunjukkan ada 29 kilometer lagi nk ke RnR Seremban. Dan elok elok awan gelap tu berkumpul balik. Alahai. Saje je la kan, dengki betul awan ni kat aku.

Dan apa yang ditakuti aku, terjadi. Lebat sungguh. Tak nampak ape. Treler pulak aku rasakan makin banyak hujan hujan ni. Laptop aku kat dalam beg tu entah ape cerita. Dalam hati aku duk mengucap banyak banyak. Mulut pulak duk sebut sebut RnR Seremban.

Sampainya di situ, aku memang dah tak tahan. Dah macam orang kena letrik, terhenjut henjut badan. Tempat kosong pulak takde. Aku duduk kat tepi bunga, dan aku melangut tunggu badan aku berhenti menggeletar. Perut pulak lapar. Check dompet, semua duit dah melekat. Satu badan dah macam baru lepas mandi air terjun. Nak berasap, pun dah basah jugak. Tengok langit, nampak gaya mau berjam lagi aku berkampung kat sini.

Aku tak kira, aku lapar. Akak kaunter RnR tu macam nak tak nak amik duit aku. Alahai kak, guna hair dryer dah boleh dah. Berjaya juga aku membeli sepinggan makanan.

Dan di sini aku simpulkan.

 di waktu hujan,  dan di tengah perjalanan, semasa badan masih lagi lencun dan tangan cramp, nasi lemak rendang adalah sesuatu yang sangat membahagiakan..

10yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails