Tuesday, May 11, 2010

Kisah Kerja Pat Taim


Cuti semester bagi seorang pelajar, adalah waktu di mana dompet berada di tahap paling nipis dan jarum minyak motor/ kereta sering kali menunjuk ke zon merah. Dan salah satu solusi nya adalah dengan bekerja sambilan atau name glamer nya : kerja pat taim.

Selalunya, One Utama menjadi tempat pilihan aku nak mencari nafkah di waktu waktu darurat nih. Sebab aku dah biasa dengan OU. Dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah, memang ke sini jer aku pergi lepas sekolah. Masa sekolah rendah, pergi sekadar lepak, atau curi enjin kereta Tamiya kat Toys R Us. Naik sekolah menengah, sini tempat aku cari seluar Cantona 7 dengan kasut All Stars. Walaupun selalu putih mata bila jalan jalan kat OU waktu waktu ni (sekarang pun same), tapi aku anggap ni terapi motivasi untuk aku lebih berjimat cermat. Bak kata pepatah , "menyimpanlah demi tiba waktu sale carnival"

Sebelum kerja, kena lah job hunting dulu. Yang ni proses yang agak tak syok. Selalu kedai akan tampal poster vacancy. Dan ini ayat yang aku paling tak suka bila aku baca poster tu..
"Chinese female only"
Kalau female only tu aku leh terima lagi lah, tapi kenapa macam kena ada double standard? Ingat aku ni tak jambu macam Jay Chou kah?

Kawan aku pernah cerita pengalaman dia interview. Satu butik ni tak kisah amik Melayu jadi pekerja, tapi dia tanya siap siap.
"U ni Melayu baik ka talak baik?" ujar manager salah satu butik terkenal yang aku tak nak sebut nama
"Eh? I tak paham la."
"Bukan apa, kita olang boleh amik Melayu, tapi mana yang talak pigi semayang punya"
"Wak lu!!"

Ingatkan mula mula takde diskriminasi, tengoknye lagi teruk. Hampeh. Tapi tak semua kedai macam tu kat OU. Pandai cari, dapat la yang betul nak pekerja. Cuma masih ada jer yang agak sempit sikit perspektif diorang.

Kekadang aku ajak beberapa orang ikut job hunting. Tapi masalahnya bila reramai job hunting ni, tak menjadi job hunting selalu. End up pegi tengok movie, tak pun main boling. Pergi dengan niat nak cari duit, sudahnya lagi banyak duit hilang. Cam shelake.

Last resort selalu nya di Jusco, sebagai promoter. Aku ramai ramai gi apply. Memasing isi borang, dengan harapan dapat kerja departmen best best. Dalam Jusco ni, eventhough uniform sama, tapi ada banyak departmen ikut brand. Dan gaji boleh berbeza beza. Kalau dapat Padini or Seed, memang masyuk ah. Sejam 5 hengget. Kerja full day je dah boleh dapat 60 hengget. Tak masuk komisen lagi.

Setelah beberapa hari aku menghantar borang, aku menerima panggilan. Comel sungguh suara awek di talian.

"Encik Shahril, saya dari Jusco. Em, boleh awak datang kerja minggu depan?"
"Oh? Saye dapat kerja eh??"  

Hati bersorak, otak dah terbayang Seed, tak pun paling koman Camel Active.

"Yup, awak datang lapor dekat sekuriti nanti eh. Pakai baju putih, seluar slack hitam, dengan tali pinggang hitam yeh?"
"Okay! Em, boleh saya tau siapa nama tuan empunya suara nih?"
KLAK!

Tak sempat nak mengayat....

Dan aku pun menghadirkan diri dengan penuh segak, walaupun pada hakikatnya duit minyak motor pada hari itu terpaksa di pau daripada mak aku.

"Em, awak pergi deparment ground floor, brand Sembonia eh?"

Aku serius tak pernah dengar ape tu Sembonia. Cari punya cari, jumpa jugak. Aku dah start menyumpah dalam hati.











Chilake...

18yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails