Aku teringat lagi masuk sem baru baru ni. Yang baru lepas ni. Kebanyakan kengkawan dapat DL. Aku tak. Jadi, aku pun buat resolusi.
- Masa terluang antara kelas, spend time kat library baca balik apa yang dah di ajar kat kelas
- Kalau nak berjimba, hujung minggu sahaja.
- Esaimen buat sikit sikit dari awal, alang alang dah ada internet connection.
- Biar bangun lambat, tapi jangan ponteng kelas.
- Berjimba hanya di had kan kepada bowling. No movie. No karaoke.
- Tak paham, tanya terus dalam kelas.
- Sem ini, sem bebas toyol.
- Masa final, walaupun tak tau, tapi goreng habis habis
- Jangan keluar awal waktu final
- Berhenti melepek depan kampus mengusha junior junior..
Dan ini apa yang terjadi
- Library tu memang pergi, tapi pergi mengular kat sofa lembut. Jahat betul sofa itu.
- Hari biasa jimba, lanjutan nya pulak terus sambung hari minggu
- Esaimen tolak tepi, facebook datang dulu
- Kelas 8 30, bangun 8 15, tutup mata kejap, bangun balik pukul 10.
- Memang bowling sahaja, tapi ape namanya kalau orang duk sibuk menggelabah test minggu depan, awak nya seronok gedegung gedegang angkat bola 9?.
- Tak paham, tidur sudah.
- Sem ni, toyol baru di bela. Toyol bluetooth namanya.
- Masa final, nak goreng langsung xda minyak. Aleh aleh tulis balik soklan.
- Orang nombor satu keluar awal
- "Fullamak...tu tu, yang pakai tudung selendang garis garis tu..*suwiiitt suwiiiitttt*.."
Banyak orang kata, azam baru ni:
hangat hangat taik ayam.
hangat hangat taik ayam.
Suggest peribahasa baru sikit nak?
ibarat taik ayam lama, hangatkan balik je ulang ulang.
6yang hensem juga cantik:
Post a Comment
tp peribahasa asal pun salah
xde word IBARAT. ia hanyalah hangat2 tahi ayam
apsal nak reheat tahi ayam?nak makan?hahahhaa
em, reheat buat kuih raya. =D
HANGAT2 TAIK KO SHAHRIL
muahahah
Hot!: Ciri Wanita Idaman Lelaki
Post a Comment