Sunday, May 23, 2010

Memori Tol Gopeng


Masa itu musim raya. Musim di mana handphone merata rata ringtone lagu Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Ellina. Musim di mana berita banyak tunjuk statistik kemalangan. Musim di mana ramai kecewa di stesen bas akibat kehabisan tiket. 

"Chain, tumpang dengan kau boleh?" Ujar Ammar, sahabat sediploma aku. 
"No hal, tapi, duit tol...ehem ehem lah.."

Cuti raya bagi pelajar UiTM, bukanlah sesuatu yang agak menggembirakan. Jatuhnya cuti selalu pada masa sebelum final. Tengok ketupat, nampak kertas a4. Tengok samprit, nampak buku teks. Tengok lemang, nampak slip periksa. Tengok pemegang mohor mohor diraja kat tv, nampak pengawas peperiksaan.

Perjalanan menuju ke tol, banyak di isi dengan lagu lagu raya. Tak lupa juga berbual mengenai kebaya nyonya. Dalam hati, cuak cuak kalau polis buat roadblock, kat bonet banyak  thunderclap, nak sedekah kat orang kampung.

"Hurm. Cepat betul eh orang cuti raya?"
"Kenapa?" tanya Ammar kepada aku.
"Ni takde orang pun jaga booth kat tol ni?"
"...........Lailahailallah! Aku ingat tadi kau betul ada kad Touch N Go!"







Check rear mirror, dah ada 4-5 biji kereta dah kat belakang.

6yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails