Pages

Thursday, May 20, 2010

Biro Tatanegara




Sebut je BTN, mesti ramai budak UiTM senyum lebar sambil menitik air mata. Mana tak nya, kalau ada siapa yang suka pergi menda alah ni, tak tau la apa ada dalam kepala dia. Pelajar UiTM wajib pergi, paling kurang sekali. Ikut syarat memang sekali jer kena pergi.

Tapi aku 'bangga' terpilih lagi sekali masa degree nih. Siot.

Kali ni, kem dia dekat Langkawi. Masa diploma dulu, dekat Ulu Kenas. Yang tu ada cerita menarik juga, tapi nantilah aku cerita. Aku gagahkan pergi jugak, mengenangkan dapat free free pergi Langkawi. Terbayang BTN kali ni seronot, mungkin aktiviti dia banyak buat tepi pantai. Boleh main jet ski, tak pun banana boat, sesambil usha minah salleh.

Setelah lebih 15 jam perjalanan dari Melaka, ternyata sangkaan aku meleset.

Kem dia memang dalam hutan habis. Aktiviti pulak, pepaham sudah. Silibus matapelajaran Sejarah form 5. Akta itu ini, undang undang itu ini. Tiap tiap pagi, kena bangun pukul 5, tengok video sejarah kemerdekaan. Sebut la pasal 13 Mei, memang sebijik sebijik kena sumbat dalam kepala otak kitorang. Sepanjang 4 hari kat situ, memang ini je yang kami pelajari.

Aku perasan sesuatu kat fasilitator BTN nih. Adakah diorang dibayar untuk memaki hamun bebudak? Memang ada saje yang tak kena. Tapi semua tu terbayar jugak pada masa waktu makan. Pestaim aku makan mee jawa, sedap yang amat, Nasib makanan sedap, terubat jugak hati yang pedih kena lecture memanjang.

Ada satu aktiviti, kena cari benda tersembunyi dalam dewan. Semua orang kecuali ketua, kena merangkak tak boleh bangun. Dan semua orang kecuali ketua, tak boleh bercakap. Siapa bercakap, kena masuk "lokap". Siapa siapa yang masuk lokap, kena lecture lah macam biasa. Jadi, tanggungjawab ketua kena buat 'proposal' minta hak bersuara bagi rakyat. Pada masa yang sama, fasilitator round round marah semua orang. Aktiviti ni, aku percaya, buat fasilitator tu nampak keciiiiiiikkkkk je dari penumbuk setiap peserta.

Walaupun kena siksa, tapi setiap peserta punya motivasi menghabiskan BTN. Sebab apa? Mungkin dari kata kata Koordinator Program kami yang berbunyi:

"Awak semua jangan risau. Lepas habis ni, saya kasi ronda ronda pekan Kuah setengah hari. Saya tau, banyak yang tak sabar nak shopping"

Hari terakhir, ada penganugerahan sijil dan sesi salam bersalam. Tapi rata rata semua tak kuasa nak salam fasilitator. Sakit hati punya pasal, dan otak memang dah dekat pekan Kuah. Sesampai di pekan Kuah, semua pakat keluar duit. Aku pun sama. Ramai yang pesan rokok itu ini berkarton karton. Dan aku pun nak belikan souvenir yang sangat berlambak kat pekan Kuah. Setengah hari kat Kuah, akan dioptimiskan secukupnya.

Datang ketua rombongan, dia berkata kepada semua peserta.



"Okay. Feri akan datang dalam masa dua jam lagi, Awak semua jangan keluar dari jeti ya? Ni Koordinator Program awak yang pesan"





Terus takde semangat dah nak shopping. Aku angkat telefon, aku duduk bergayut. Mana tau, kat pulau bebas cukai, telefon orang mungkin murah sikit.

12yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails