Thursday, May 20, 2010

Tidak Ku Sangka


Hari sabtu hari tu pergi celebrate birthday mak. (Selamat hari jadi again mak~!) Celebrate di taman layang layang Selayang. Sepanjang aku hidup, aku tak pernah terbayang ada taman layang layang secantik ini di Selayang. Haih. Sayang. Dah nama hari jadi mak, so, memang semua adik beradik aku ada.

Sebelas adik beradik. Sebilangan dah kawin dan bawak anak anak pulak. Riuh dia jangan cakap. Lepas semua dah puas main bola, main badminton, tiba masa makan. Abang chik aku cakap, 

"Najib, baca doa selamat sikit?"


Aku terus tunjuk tanda pangkah besar besar guna dua dua belah tangan. Haha. 

Banyak lauk dan juadah adik beradik aku bawak. Sate, ayam, bihun dan macam macam lagi. Sedang aku memilih makanan, adik aku tegur aku.

"bang Najib, pepehal rojak takde tau"

Aku garu kepala. Datang kakak aku, pun dia cakap macam tu. Lagi aku garu kepala. Last last, kakak aku tanya.

"Amacam kerja Sembonia? Best tak?"










Terharu aku. Tak sangka blog picisan ni ada jugak yang rajin nak baca. =)

p/s : Tribute kat sesape yang follow, comment dan baca blog nih. Terima kasih banyak banyak. Aku ni, even nak buat entri pun malas, ni kan pulak nak comment merata rata. Tapi semua bloglist aku, aku baca. Tak caya? Meh lepak minum, aku leh cerita balik entri entri korang. Hahaha.

12yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails