Pages

Tuesday, June 08, 2010

Petua

Tatkala itu, aku baru darjah 2. Baju putih kemas, seluar tarik atas pinggang, rambut sikat tepi. Ada setengah dah pandai sikat tengah, aku pernah minta mak aku, tapi dia tak penah kasi. Aku pun tak paham kenapa.

Rutin harian selepas habis sesi persekolahan, wajib aku singgah kedai Cik Man, beli ais pong dengan keropok roda.

Keropok roda ni memang berhantu. Bila makan, dunia rasa saaangat tenang. Selalu aku genggam satu telapak, aku sumbat dalam mulut, aku kunyah bagi lunyai, baru telan. Rasa jahat sikit, jangan telan dulu, tapi main sembur sembur ramai. Lagi lagi kat budak perempuan mana yang aku tak suka. Mungkin sebab ni tiada siapa ingin mengambil aku menjadi adik angkat semasa sekolah rendah.

lambang roda tiada kena mengena dengan Zionis. jangan boikot benda sedap ini

Lepas dah settle makan tengah hari, masuk semak sekejap cari belalang, simpan untuk esok, buat lawan liga. Masa tu cerita Pokemon tak keluar lagi. Kalau keluar ada la nama belalang ni jadi Charmander ke, Wartortle ke. So, nama standard belalang pada masa itu adalah Seton Kol, tak pun De Rok. Mana yang hat skema sikit, jenis selalu dapat no 1 dalam bilik darjah, semestinya nama belalang mereka berbunyi begini : Si Jaguh. Pantas. Champion. dan tak lupa juga Kuasa Petir. Komersil habis.

dapat yang jenis ni memang best. gigit dia kuat.

Suatu hari, aku tak menjalankan rutin harian di atas. Ini mungkin atas sebab hotdog kantin masa rehat, tak masak habis. Memang tak selesa hidup. Menggelisah. Situasi di hujung tanduk. Perut memberontak. Ter shuffle shuffle aku menahan berak. Kerling kat jalan, tak nampak kelibat Bas Budi. Payah betul. Air mata dah bergenang dah.

Aku mengadu dekat sedara aku yang pada masa itu, darjah 5 tak silap. Dengan tenang dia berkata.

"Gi amik batu dua ketul tu. Agak agak yang muat satu tapak tangan"
"Nak buat apa?"
"Dah amik? Lepas tu kepal tiap satu guna tangan. Picit picit sikit batu tu"
"Okay"

Aku pun buat lah. Sampai ke rumah aku buat.





Sekarang ni bila fikir, baru aku paham kenapa mak aku sikat rambut aku belah tepi. Memang kena gaya tu dengan orang lurus bendul.

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails