Pages

Friday, June 04, 2010

Ranwak (Random + Rawak)

  • Masuk ni dah berapa minggu dah aku pergi kenduri kahwin. Agaknya dah 3 minggu straight. Macam biasa, ayat yang aku tak suka mesti ada je bila pergi kenduri "Hang bila lagi?" "Ish, Najib ni dah layak sangat dah ni" "Hurm, hang ni lagi 5 tahun kut?" Arghh kau nak aku pergi kat depan Sogo main tarik sorang pompuan terus ajak kawin ke??
  • Heliza masih lagi tak sedar sedar tentang friend request aku. Kat news feed penuh dia upload gambar itu ini dan semuanya comel. Geram aku tak boleh berkata kata dengan cara mengomen. Kau jangan Heliza, sekali aku ayat, melekat. 
  • 10 haribulan result keluar. Cuak seh. Asal terfikir je, terberak. Tengah berak, terfikir lagi, terberak lagi. Mak aku dah pelik dah aku macam hilang kat rumah. 
  • Bilalah boleh jadi handsome gamaknya? Nak jugak ada tengah tengah makan ada orang hantar tisu tulis "hai, sorang je ke? ni nombor saya, contact contact lah. =)"
  • Apa jadi kalau taruk anak kucing dalam spinner washing machine? Aku selalu bayang. Lepas tu geli sorang sorang. 
  • Bilik tidur aku lately dah jadi bukan bilik tidur. Ia adalah segumpal sampah yang sangaaaaaaatttt besar. Lagi besar dari ikan dalam iklan Maggi.
  • Harapnya planning nak ke Langkawi next sem menjadi. Memang, Langkawi je kut. Aku tak kesah, yang lain kali ni ialah, naik flight! Aku tak pernah lagi. Hoyeah! Hoyeah! *sambil lompat bintang*
  • Air honey dew dan sebungkus kopok lekor di depan masjid sebelum sembahyang Jumaat bermula, memang lagi sedap dari makan kat hotel.
  • Dan esok lagi sekali aku pergi kenduri. Siapa sebut ayat ayat kat atas tadi, aku sumbat telur je kat mulut sat gi.
  • (attempt untuk menjadi seorang author blog yang mesra dan comel) Okay semuaaa! Terima kasih ya sudi baca! Selamat malam tauuu! =D

-_-"

10yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails