Pages

Friday, June 04, 2010

Biro Tatanegara (Edisi Kedua)


Hari tu aku cerita BTN masa degree. Masa diploma lain pulak cerita dia.

Memandangkan ni zaman awal aku melangkah ke menara gading, segala benda yang dianjurkan, aku semangat. Sampaikan tak miss pergi Kesatria petang petang pakai baju putih seluar track kasut sukan. Kad matriks pun tak buka beb, walau pergi pasar malam pun. Dah tukar title budak uni kan. Kalau ada meja Doraemon tu wujud, nak je aku gi patah balik, gi sekeh sikit diri aku masa tu. Pehal la kau menggelabah sangat ha. Haihhh.

Jadi, BTN masa diploma, bertempat di Ulu Kenas. Kalau tak kerna BTN, tempat ni memang pemes pun. Ada air terjun, dan ada awek awek bersama mat rempit memasing. Peratusan video 3gp di pasaran mungkin banyak juga dikilangkan dari tempat ini. Teeeett~

Aktiviti hari mula mula memang macam biasa. Sesi pecah ais, sesi LDK, sesi semangat semangat Malaysia Boleh. Oh ya, handphone kena rampas. Walau aku bawak handphone spare, pun takda coverage. Paling berguna pun untuk main snake malam malam.

Masuk hari ketiga, waktu petang, ketua fasilitator bagitau malam ni ada Operasi Burung Hantu atau singkatannya OBH. Aktiviti ini memerlukan peserta menjegilkan biji mata besar besar macam burung hantu, tangan dikepak kepak,  dan cuba menangkap tikus yang berkeliaran di sekeliling kem menggunakan mulut sahaja.

Sila lah percaya apa aku cakap.

OBH sebenarnya secara ringkas, kau kena jadi 'burung hantu' dalam hutan. Erti kata lain, kau kena tinggal sorang sorang dalam hutan tetengah malam sampai nak dekat subuh.

Ada dua tempat malam tu. Satu dekat tepi sungai, satu lagi dekat ladang getah. Kumpulan aku kena dekat ladang getah. Dia letak sorang selang 2 pokok. Mula mula takut la jugak. Tapi dah lama tu, bila fasilitator takda, masing masing buat perangai.

Nun kat satu pokok tu, nampak puntung merah tengah menyala. Kat pokok satu lagi, ada beberapa orang sibuk mengumpat. Kat sebelah sana, ada duk dengar lagu kat handphone, tak silap lagu Kiroro- Mirae e. Layan perasaan mungkin. Aku dengan member aku sibuk laga biji getah. Syok la pulak.

Kat lagi satu pokok, agak agak selang 3 pokok dari aku, aku nampak sorang tengah duduk senyap senyap. Aku tegur, ajak lepak sekali kat pokok aku, tapi dia tak menyahut. Tidor mungkin.

Dah nak dekat pukul 4 30 pagi, aku dengar bunyi wisel dengan lampu torchlight. Maknanya fasilitator dah datang nak amik kiterang balik. Masa beratur ramai ramai nak turun kem, aku tengok budak tadi tu duduk lagi kat pokok. Aku pun tak kenal siapa sebab gelap lagi. Member aku pun perasan jugak. Waktu fasilitator periksa barisan, dia suluh la dari pokok ke pokok.

Dan dia suluh kat pokok tu.

Seraya fasilitator aku berkata, "errr, cepat sikit turun, jangan bising bising. Dah sampai dorm, basuh kaki, tidor cepat cepat"

Kami mengangguk laju laju tanpa banyak bunyi, sebab kami paham. Sangat paham






ada macam ni jugak rupa budak kat pokok tu.



6yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails