Wednesday, July 14, 2010

Koleksi



Aku bukan lah peminat bola yang setia. Orang semua ada team masing masing. Aku hanya bersorak bila mana mana team score. Tapi aku tidaklah seteruk mana. At least, still tahu lah Kaka main untuk Brazil, bukan Italy.

Peminat setia menyokong dengan menonton perlawanan. Aku ada cara tersendiri. Dengan mengumpul Mcd Contour Glass. Aku menyokong melalui cara menggemukkan diri dengan Mc Value pada pukul 1:00 tengah hari. Dengan ini, misi menggemukkan badan aku akan berjalan lancar juga pada masa yang sama.

Sesudah habis kelas pada pukul 10:30 pagi, sebelum kelas 4:30 petang, ada orang mengutarakan untuk bermain bowling. Aku sajes makan dulu sebab tak sarapan. Nasi ayam menjadi pilihan.

Dapatlah juga main 4 game. Naik sasa juga lengan membaling baling. Tepat pukul 1:00 petang, aku teringat tentang contour glass. Walau sudah makan, aku makan lagi Mc Value. Melonjak lonjak burger dalam perut minta keluar lepas tu.

Sesudah itu, kami bershopping ke sana sini memandangkan duit cukai rakyat sudah masuk ke dalam bank. Dalam pukul 4:00 petang, kami bergegas ke kampus pula dengan menghadiri kelas. Mata sudah berat, perut sudah boyot, tapi di gagahkan juga.

Sebelum kelas bermula, kawan aku mengujakan soalan.


"weh Cha'in, gelas tadi kau ingat bawa balik tak?"







Rasa gelap dunia lepas tu.

3yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails