Perlahan aku buka pintu bilik.
Fuyyo! Bersih kemas tersusun! Terus aku msg member aku tu.
"weh, bila nak balik Melaka? tapi yang tu tak penting. kau dah buang tebiat ke?"
Bila member aku sampai, mula lah sesi "menangkap atas" atau dalam bahasa Jawa, catching up session. Cerita pasal awek itu ini. Dan pasal study. Sambung lagi awek itu ini. Tukar ke topik study........ah tak jadi lah, cerita lagi awek itu ini lagi best.
Berjam jam berlangsung sesi bual bicara kiterang. Kalah Semanis Kurma. Punya nak terberak masa bawa motor tadi pun tak ingat dah. Apatah lagi sesi mengusha page Heliza. Maaf Heliza.
Pastu aku utarakan soalan. "bilik aku kemas sangat ni pehal? kau kena rasuk ke?"
"oh tak lah. mak aku datang masa intersesi. dia tu...lain sikit" balas kawan aku.
"hek eleh! takut mak rupanya! hahaha!"
"kau tak tahu. hari ni dia datang, kau tengoklah sendiri." ujar kawan aku sambil mengangkat kening.
Petang tu juga parents dia sampai. Bawa lauk ayam merah, masak lemak cili api, sayur chap chai. Tak lupa juga tempoyak cili hijau. Ah, sedap. Terasa keibuan. Dan lalu, ibu kawan aku masuk ke bilik.
Keluar beliau membawa kettle aku seraya berkata. "kotor sangat ni, makcik cuci jap".
Terkesima aku.
2 jam selepas itu aku di ceramah kerana bilik berhabuk. Kipas dah hitam. Siling dah bersawang. Elemen belajar tak kondusif katanya. Terkemut kemut aku senyum dengar. Dalam hati menyumpah nyumpah sebab menyesal kutuk kawan aku tadi.
tahap kemas bilik boleh menang pertandingan kampung tercantik peringkat negeri Melaka
Sebelum beliau pulang, sempat beliau pesan.
"Cha'in nak bantal baru tak? bantal busuk tu dah uzur sangat makcik tengok.. minggu depan makcik datang, check bilik balik."
Jenuh aku kerut kepala. Aku ni masuk universiti ke sekolah asrama penuh mana mana?
3yang hensem juga cantik:
Post a Comment
q : em. lebih macho sebegitu. haha
Post a Comment