Aihhh. Habis dah cuti 2 bulan. Pergh bapak malas gila nak balik Melaka nun. Sampai jadi malas serba serbi. Nak makan, malas nak suap. Nak mandi, malas nak buka baju, Nak tidur, malas nak pejam mata. Ni menaip pun guna kaki sambil baring.
Lepas ni, dah takda lah masa melepek kat sofa depan tv petang petang layan Mis Tres Hermanas.Dah takda lah tunggu lampu jalan padam baru nak masuk selimut. Dah takda lah orang masuk tidur baru nak sarapan.
Dan,dah takda lah berlayar menyusuri page Heliza di sepertiga malam.
Nak kena menghadap baju, tie, dan seluar slack di hari Isnin. Nak kena menghadap bil api air tiap tiap bulan. Nak kena menghadap pak guard check sideburn panjang ke tak. Nak kena menghadap ketiak ketiak hamis yang berpusu pusu ingin menaiki lif di waktu lunch. Nak kena menghadap Word, Powerpoint dan Adobe Reader, bukan lagi World of Goo, dan Dota. Nak kena menghadap muka muka lecturer yang mempunyai hipnotic effect untuk tidur, dan bukan Heliza.
Tiga benda je aku tak kisah nak menghadap kat Melaka tu. Air sirap limau nipis, Malacca International Bowling Centre, dan Jebon tersayang. Apakah masih sehat Jebon di sana?
Oh. dan sempena permastautian aku di sana, aku nak pesan lah kepada kengkawan. Cuti sem selepas ni, sila sila lah buat aku kenyang macam cuti sem kali ni. Kenyang makan nasi minyak.
Atau mungkin cuti sem depan aku pula buat korang kenyang?
Itu.....itu yang kita tak tau. Adios.
3yang hensem juga cantik:
Post a Comment
fndrocka : hahaha. dah 2 tahun beb kat sini. tak tahu nk melancong mana dah.
Post a Comment