Pages

Thursday, June 24, 2010

Resepi Mudah Lagi Menusuk

Warning : Entri ini boleh mengundang rasa meluat. Sila sediakan bakul di tepi untuk muntah, terima kasih.


Bayangkan situasi begini.

Anda bosan. Tatkala itu pukul 3 pagi. Dari tadi duk jelajah facebook, masuk profile, pergi home balik. Walaupun notification takde satu pun, tanpa ada hala tuju anda still juga tekan sana sini. Dah bosan, anda buka lagu, sambil tengok gambar insan tersayang (gambar Heliza dalam kes aku) sambil senyum senyum. Perut sudah kosong, tapi mata segar bugar lagi. Nampak dekat news feed, ada feed baru, tu pun pasal member minta sushi sushi wasabi untuk restoran. Tapi anda tetap menyibuk comment. "Buzz!" Ah. Ada seorang menegur di yahoo messenger. Anda layan. Merapu itu ini. Bergelak ketawa di pagi buta. Lapar tadi pun tak terasa sangat.

Tapi ianya tidak lama.

Kalau rakan anda itu perangai macam syaitooon, mungkin anda menyesal layan. Tengah rancak bersembang, mungkin rakan anda itu memberi satu link. Anda tekan link itu, dan terpampanglah isi nya yang boleh buat anda mencarut.

Tak cukup syaitoon lagi.

To top it all of (macam kenal ayat ni), rakan anda kasi gambar seperti ini dan terus mengatakan selamat malam dan offline, meninggalkan anda dengan penuh dendam kesumat.


Carl's Junior Chili Cheese Fries. Memang vavi. Rasa nak lempang.


--------------------


Tapi uoll'z tidak perlu risau! Sekiranya ada rakan rakan uoll'z berperangai sebegitu di waktu malam, aii ada jalan penyelesaiannya nox!

Memperkenalkan! Toasted Butterscotch with Omelette!

Cepat! Jangan malas! Mana yang tengok tu, bawak keluar pen dengan kertas tauu. Ingat senang ke Chef Shasha uoll'z ni nak masak? Tak kuasa. Lagi seronok layan Sinetron, dari buat rancangan memasak. Tapi untuk uoll'z, aii gagahkan juga kederat lelaki aii untuk ajar uoll'z.

Bahan bahan dia senang je nox nox semua.

Gula icing, telur 2 biji, dan ofkos lagi mau tanya, Butterscotch lah! Cubit karang!

Step 1 : Pecahkan telur. Telur mana? Telur ayam jangan risau. Kalau nak sedap, taruh susu tin sikit. Tapi aii tak buat, takut nanti muak. Then, uoll'z babab telur tu puas puas. Anggap dia macam cinta uoll'z yang mengecewakan. Pukul dia! Pukul! Emhh! Haaa kan dah keluar suara jantan aku tu *dalam nada garau*

Step 2 : Goreng telur tu dengan api yang paling kecil tau. Dan jangan kacau kacau. Biar je dia masak bulat. Kenapa api kecil? Satu, tak nak kasi telur tu gelembung gelembung dan biar dia slow cooked. Dua, takut minyak panas sangat, dia percik terkena kulit kita. Nox nox semua kena hati hati tauu jangan kena minyak. Tak gebu karang kulit. Nanti tak market. 

Step 3 : Toastkan Butterscotch. Jangan kasi hangus sangat. Sila tutup pintu dan tingkap, sebab bau dia masa toast memang boleh buat jiran sebelah rumah uoll'z terliur. Dah la jiran sebelah aii tu gatal, Balik malam lalu depan pintu lepas cari rezeki, dia mesti suwit suwit sambil tunjuk isyarat tak senonoh. Hey jantan! Kau ingat aku murah?? Isk. Terluah perasaan pula. Nox semua mesti faham kan.

Step 4 : Susun cantik cantik. Kenapa? Saje. Kita kena buat semua tu dengan cantik tauu. Nox nox kena sentiasa detail dalam bab bab kecantikan ni. Itu asset. Itu market. Ingat pesan aii ni.

Step 5 : Tabur sikit gula icing sebagai hiasan. Kalau contoh untuk muka, ni kira blusher la. Uoll'z pakai apa? Aii prefer Elianto. Kena lah ngan citarasa muda aii ni. Tampak segar, jelita dan chique gitu. Walau dah tua, tatap mak laku.

Senang je kan uoll'z? 5 step je. Tak susah mana pun. Nanti uoll'z dah buat, bawak mai jadi bekal. Boleh kita kongsi ramai ramai kat Haji Taib tu. 

--------------------

Brrrrrrrr. Menggeletar tangan aku menulis. Kusss semangat! Kussss semangat!


p/s : pihak blog tidak bertanggungjawab sekiranya kadar diabetes meningkat selepas entri ini di publish. harap maklum.
p/s/s : ok tak kalau aku jual menda ni? nak kumpul duit beli fender acoustic CD 60 lah ingat. ada member nak tolak. =P

8yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails