Pages

Thursday, June 24, 2010

Eksperimentasi

Kita masa kecil, tak berkira bila makan. Apa yang datang hasil air tangan ibu, memang sedap. Biarlah pelik sekalipun resepinya.

Nasi, kicap masin, telur goreng, tambah sikit mak kepal kepal guna tangan, kekadang lagi sedap dari makan takoyaki kat Jusco nun.

Masa aku kecik dulu, by the time KFC dengan McD tu dikira mewah sangat, nasi gaul dengan planta pun boleh lawan juga. Tak lupa ubi bakar cicah gula.

Cakap je macam ni.

"mak! lapar!"

Kasi 5 minit. Kelentang kelentung sikit kat dapur. Siap satu masakan.

Heaven sekali melayan cerita Satria Perkasa Hitam pada pukul 5 : 30 petang di TV 1 sambil menikmati nasi putih campur susu Cap Teko. Mak pula kat tepi layan ikan kering goreng dengan teh o tawar.

Bila dah besar sikit, bila dah belajar makan benda mewah sikit, akan ada tempoh di mana juadah macam ni di lupakan sekejap.

Biasalah, umur baru nak up. Semua ni jadi taste orang lama.

Nak nak pula, dah pandai makan kat McD dan lain lain rangkaian kedai makanan pantas dengan kengkawan. Tak sedar duit saku tu pun mak yang kasi.

Satu hari, aku take away McD. Bawa balik rumah, belanja mak aku. Duk makan nasi ngan tempoyak je kerja dia. Kiranya, nak kasi mak aku makan makanan orang zaman sekarang. Konon nye lah.

Aku sua burger, mak aku tak nak. Aku cebik bibir.
Aku tunjuk pai epal, mak aku gigit, tapi tak sesuai dengan citarasa dia. Aku cebik bibir lagi.
Aku perkenalkan fries. Mak aku tertarik. Dua tiga cebis dia kunyah. Aku senyum sikit.

Tapi lepas tu, dia pergi dapur. Godek sana sini.

"mak nak buat apa lagi? ni adik dah beli makanan dah ni"
"mak nak cicah kentang hang tu."
"cili sos ni ada kan?"
"hat yang ni lagi best buat cicah kentang tu"

Aku fikir lah, mungkin mak aku cari mayonis kut. Tak pun paling kurang, sos cili thai tu. Sejurus selepas itu, mak aku bawa piring kecik berisi sesuatu.

"ha. tambah yang ni sedap lagi ni."






Oh. Sampai sekarang aku tak berani try apa mak aku buat. Ada sapa tahu tak, apa rasa dia fries cicah tempoyak dengan sambal belacan?

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails