Tuhan, kalau nak menguji, macam macam cara.
Minggu ni minggu penuh obstacle.
Aku kena start buat resume untuk praktikal. Dalam sedang membuat resume, baru aku sedar degree ni aku tak bersijil.
Dan macam biasalah. merata company aku call, semua telephone bunyi 'tet tet tet'. Mana yang angkat, dia kata tak available.
Dan lebih seronok, handphone aku buat hal di waktu aku sangat memerlukan khidmatnya.
Dan juga beberapa hal tentang etika berkawan.
Aku ingatkan hujung minggu dapat aku lari sebentar tetapi tidak. Hari Jumaat, satu task diberi untuk dibentangkan pada hari Isnin.
Dan kebanyakan groupmate aku pergi bercuti di Pangkor pada hujung minggu. Jawabnya aku kena kerja keras untuk menyiapkan tugasan itu.
Maka, aku mulakan kerja di waktu aku sepatutnya bermalas malasan. Tetapi, aku pelik kenapa perut aku menyucuk nyucuk meronta ronta.
5 jam seterusnya, aku habiskan dengan tak henti henti mengunjungi tandas. Memang seronok. Macam makan strawberi.
Aku sampai tidak sempat makan tengah hari. Jadi, bila petang, bebudak rumah mengajak aku makan di kedai. Aku mengambil langkah waspada dengan membawa motor, bukan pergi sekereta dengan mereka. Takut takut ada panggilan kecemasan dari tandas di rumah.
Dan ternyata sangkaan aku benar. Baru sahaja duduk di meja makan, perut aku terus dapat miss call. Laju aku memecut pulang.
Tinggallah aku seorangan di rumah, mengomel ngomel di dalam tandas. Setelah selesai melakukan pelaburan jangka panjang, aku termenung di ruang tamu mengenangkan nasib. Mengeluh. Dan mengeluh.
Dan tatkala itu aku tersedar sesuatu perkara. Dari pagi aku masam muka, kali ini aku tersenyum. Dan ketawa.
Kalau aku tak sakit perut di kedai tadi, aku akan malu.
Sebab aku pergi tadi, pakai baju terbalik.
Tuhan, kalau nak menguji, macam macam cara.
Tapi Dia tak pernah lupa dekat hamba hamba-Nya.
2yang hensem juga cantik:
Post a Comment
chain jgk yg hebat. haha =)
awwww blushing lah!
Post a Comment