Sunday, August 22, 2010

Bazaar

Tak payah tunggu lama, tak payah tunggu minggu last puasa. Baru 2 hari puasa, aku dah berdiri macam orang bodoh kat bazaar tak tahu nak beli apa. Lalu lalu dua tiga kali, tak rasa nak beli apa pun.

Tapi aku kuat berkata dalam hati, "belum sampai masa lagi untuk berbuka korek hidung je. awal sangat lagi ni"

Jadi aku buat lagi satu round kat bazaar Jalan Pandan ni.

Nasi tomato, ayam percik, murtabak, roti john, nasi lauk, tepung pelita. Okeh, try jalan balik, mana tahu ada terjumpa benda lain.

Nasi tomato, ayam percik, murtabak, roti john, nasi lauk, tepung pelita. Aih. Sama juga.

Hampir aku putus asa, aku ternampak satu kedai ramai juga pengunjung. Apa dia jual? Aku gi usha. Nasi kerabu, dan laksam. Ikut gaya makcik tu bercakap, orang pantai timur. Wow, pasti rasa nasi kerabu ini begitu autentikas sekali mungkin. Tapi aku malas juga nak makan.

Seraya aku di tegur. "Ye? Nak beli apa?"

Wah. Anak makcik ni comel juga.

"Errrrrr kasi kuih..kuih ni seringgit eh?" Pantas aku tunjuk satu kuih yang aku tak kenal pun. Terkejut punya pasal. Dan bila datang waktu berbuka, aku makan. Sedap. Manis. Macam orang yang menjual.



Hari hari seterusnya, aku selalu pergi singgah kedai tu beli kuih yang sama. Memandangkan orang kelantan yang jual, aku pikir itu kuih akok. Padahal aku tak penah makan pun kuih akok, pernah dengar je. Aku pasang niat dalam hati nak tanya, kot kot boleh borak lama sikit. Dapat lah kenal kenal. Muka aku pun selalu dia nampak. Mana tau nama kuih ni pelik pelik, boleh juga aku buat modal bicara. Orang kata, dari mata turun ke hati. Aku kata, dari mulut, turun ke hati.

Peluangnya tiba. Tak ramai orang, dan kuih masih lagi banyak. Aku pun hari tu saja pergi bazaar pakai baju melayu. Rambut dah setting. Dah siap mandi awal awal, kasi bau tu ada seri sikit.

"Em, macam biasa, kuih ni singgit eh" sambil aku menguntumkan senyuman kasanova paling mahal. Dia hanya tersenyum sambil membungkus.

"Errr apa nama kuih ni eh? Saya suka betul makan. Manis." dalam hati nak je sambung "manis macam awak"

"Cucur. Okeh siap. Jual eh" dan terus dia berpaling melayan customer lain.








Bagus. Memang otak bisnes lah dia ni. Hal hal personal, di ketepikan.
Bisnes, tetap bisnes. Bagus.

2yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails