Friday, September 03, 2010

Menjelang Raya

Orang kata masa puasa ni lah nak eksesais. Nak kuruskan badan. Nak start berbuka guna Jus Mate 5. Nak tatap muka Dr Rozmey dengan gaya rambut belahan punggung.

Haram.

Rata rata aku dengar kengkawan aku berharapan nak membuang lemak. Memang menjadi. Tapi waktu siang je. Bila berbuka, qadha balik dengan beriani kambing, air katira, nasi kerabu solok lebih dan macam macam lagi.

Aku takpe lah, sumbat berbungkus bungkus cucur udang pun belum tentu gemuk. Jadi aku tak kesah sangat pasal makan. Misi aku pula puasa ni, nak jimat duit. Nak beli baju raya. Dah 5 tahun pakai baju raya sama.

Pergi bazaar, pasang niat nak belanja bawah 4 ringgit je. Cukup lah tu kan. Air sebungkus baru 1 hengget, Kuih 1 hengget. Kuey teow goreng rm 1.50. Kan baru rm 3.50 je tu.

Ayam madu 2 hengget je? Wow! Satar satu cucuk 2 hengget je gak? Wow! Karamel puding 2 hengget setengah? Murah tuh! Cucur jawa ....ah yang jual tu lawa, beli je lah! Vadai bercili? Tak penah try, kena cuba nih!

Serius. Aku tak tahu mana duit aku hilang lagi 9 hengget setengah. Bukan toyol kena tambat ke bulan puasa?

Sedih aku tengok dompet. Jadi, aku plan raya ni kena rajin sikit lah. Skill berkomunikasi tu kena lebih mantap.
Aku plan macam ni raya nanti kalau sedara mara yag jauh jauh nun datang rumah.

Sedara : Ni Najib ke? Dah besar dah eh. Makin kacak.
Aku : Haah. Betul dah tu. Tapi saya tak kawin lagi. Tak kerja lagi. Belajar tak habis lagi. Tak dapat duit lagi. Sewa mahal kat Melaka ni. Duit minyak lagi. Duit belanja lagi. Yuran kita orang pun makin meningkat sekarang ni. Ekonomi negara pulak tak memberangsangkan. Oh, saya dah cakap dah yang saya belum kawin lagi? Belum kan? Okeh. Saya belum kawin lagi. Kerja pun tak. Belajar tak habis lagi. Duit pun takda. (sambil menghulur kedua belah tangan dan menitiskan air mata jantan)






Sangat bernas rancangan aku.


p/s : Selamat bercuti. Selamat hari raya. Jemput datang rumah raya kedua, leh lepak dengan aku tengok tv sambil makan pringles sour cream. Nak nasi impit? Rumah sebelah ada kut jangan risau. =)

5yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails