Pages

Sunday, September 05, 2010

Sokongan Moral

Minggu terakhir puasa di Melaka, budak rumah aku memasing makin hilang waras. Kerja makin banyak, test makin menimbun. Bisnes kerepek yang dimulakan awal bulan puasa, bergerak seiring dengan kes kes makan hati. Berbuka pun takda selera. Setakat beli air dengan kuih buat alas. Menu utama pula rokok 2 batang.

Muka semua tahap benci dunia. Aku faham. Semua serabut. Semua kusut.

Jadi, di suatu petang, aku saja teringin menganjurkan sesi berbual bantal. Daripada duk hilang pahala puasa tidor petang macam selalu, boleh juga mengisi masa lapang. Dapat juga asah bakat kalau kalau nak ganti program Semanis Kurma.

Jenuh memasing cerita masalah dunia memasing. Side mirror kena langgar. Basah kuyup kena hujan. Lecturer merajuk tak nak mengajar. Cinta tak kesampaian. Sampai turn kawan aku yang bernama Ezad, dia pun mulakan cerita dia dengan muka cool ala ala Horatio dan dengan lafaz sekali nafas.

"Ada budak perempuan langgar kereta aku pastu jatuh pengsan"

Cerita cinta, side mirror dengan lecturer tadi semua jadi hal enteng bila dengar ayat tu.

Ezad sambung lagi.

"Aku lambat pergi kelas. So aku pecut. Lalu depan sekolah, aku elak anjing, sekali dari kanan aku ada motor berdesup langgar. Gedebam. Tersungkur budak perempuan tu depan kereta. Dah la tak pakai helmet. Berderau darah aku beb. Bukan budak sekolah la tapi. Poli kot."

"Mak aiiiii. Kalau aku, dah terkencing tuuu. Errrr, lawa ke?" 

"Jadah! Sempat lak aku nak pikir lawa ke tak!"

Memang soalan bodoh. Dan Ezad sambung lagi.

"Orang orang yang tengok semua salah kan aku. Cina cina kat situ dah nak belasah dah. Nasib ada makcik jual nasi lemak tu yang bagitau bukan salah aku. Kalau tak, lunyai guwa. Pergghhhh. Menggeletar seh aku."

"Nasib baik dok. Abih tu, kau roger siapa? Kau hantar pergi hospital?"


"Aku terus pergi kelas sebab makcik tu offer nak hantarkan. Kat kelas aku roger Arel (bukan nama sebenar). Dia dah perasan dah muka aku pucat semacam. Dengan menggeletar satu badan lagi. Serius aku rasa macam nak buka puasa je."


"Ohhh. Pastu Arel teman kau pergi hospital lah?"


"Em....tak. Dia offer gi Melaka Raya."


"Pehal?"


"Dia kata kat situ dia tau satu kedai Melayu bukak time tengah hari."


".........."














Ini betul memahami punya kawan. Memang sokongan tanpa berbelah bahagi.

3yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails