Pages

Friday, September 10, 2010

Hutan Batu

Selepas orang surau datang takbir kat rumah, aku berjaga sebelum malam raya. Duduk tepi tingkap, pasang telinga. Kot kot lah ada bunyi mercun dentum dentam bebudak main. Kalau ada, aku nak turun tanya kat mana beli. 

Tapi senyap. Sunyi.

Bukan apa. 5 tahun beraya kat KL ni, aku rindu jugak nak rasa suasana raya masa kekecik dulu. Kalau kat kampung dulu dulu, malam raya mesti dah sibuk kemas kuih, gaduh dengan sepupu tunggu turn main game brick, test test pakai baju raya tengok sapa paling smart. Tak pun buat buat baik dengan pakcik makcik, so that boleh generate income lebih di keesokan hari. Pagi raya pula, kena cepat pilih basikal chopper sepupu nak buat pergi masjid. Kalau lambat, kena naik basikal atuk tinggi gedabak. Silap silap boleh masuk tali air.

Sekarang ni, petang raya pertama aku dah buntu tak tahu nak buat apa. Bukak laptop, layan movie pastu tidur. Bangun, pergi dapur angkat tudung saji, mengunyah. Jenguk luar tingkap, tengok awan. Tu je lah.

Nak nak pula mood raya  dah spoil sebab kena tag gambar assignment nak kena hantar buka cuti nanti. Cukup aku geram.

Kalau la kat kampung sekarang ni. mesti meriah. Sedara mara datang. Ronda ronda naik kapcai satu kampung. Lepak sat tepi sawah pikir rumah siapa nak terjah. Ronda ronda lagi. Balik, usha usha kekazen mana yang comel comel. Buat buat hensem tolong cuci pinggan kat dapur. Cuba cuba sembang dengan kazen kazen yang comel tadi. Cuci pinggan sesama. Oke, ini mungkin hanya angan angan.

Tapi, itulah. Kesimpulannya, raya aku dah tak seriuh dulu. Senyap. Sunyi. Siapa siapa boleh suggest atau offer kampung diorang kasi aku beraya tak? Provided korang ada kazen yang comel lah. HAHA.

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur. Sempat lagi aku beraya dengan mak bapak, dan juga famili famili. Tahun depan, dah kena start kasi duit raya dah. Petanda dia tahun ni, duit raya aku dah makin sikit. Kena pepaham sendiri lah. Aihhhh.

Oh lupa, sesapa nak suggest kampung, jangan sebut Kampung Baru atau Kampung Tunku (ni aku tau siapa). Ataupun Restoran Selera Kampung. Aku seligi laju laju kang.

Kepada korang korang yang beraya di kampung, have a safe journey lah. Nanti balik, jom ajak aku main bowling. Tapaukan aku burasak eh? 





Quoted by one of my fellow friend, Happy Eid Mubarak, not Happy Eat Mubarak. Peace!

4yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails