Monday, September 13, 2010

Hati Muda

"Semekom! Semekom! Pacik~! Kami nak raya~!"

Perlahan aku pergi menyorok ke belakang pintu. Bebudak tadi nampak kelibat aku pakai tuala nak pergi mandi. Terus laju kasi salam. Pantang. Tapi aku tak kisah yang tu. Aku geram, kenapa 'pakcik'? Muka babyface gini pakcik? Nak kena diorang nih. Babab kang.

"WARGHHHHH APA RAYA RAYA!"

Nak terlondeh tuala aku tergelak tengok diorang terkejut. Tapi tak lama aku gelak. Cepat cepat aku panggil mak aku gi layan sebab sorang dah muka cembeng. Lepas kena pelawa masuk, terus tak cembeng dah.

"Haih budak budak...." ujar aku dalam hati

Mak aku susun lah nasi impit, ketupat palas dengan kuah kacang dan rendang daging. Tuang air botol. Isi kerepek dalam balang. Aku tengok, diorang sentuh kerepek, pastu cepat cepat habiskan air. Bangun sorang yang gaya macam ketua, buat buat bergegas nak keluar. Tapi kaki tak gerak gerak. Tangan laju tutup balang kuih. Muka senyum lebih. Aku berlawan mata dengan dia. Bengiskan sikit muka.

Tapi aku kalah sebab salah sorang budak dalam kumpulan tu comel. Macam Nora Danish. Berjaya juga diorang membawa pulang hasil duit raya setelah penat berperang dengan aku.

"Haih budak budak...." ujar aku lagi dalam hati.

Aku sambung mati kutu lagi. Bosan sangat, aku roger kawan aku.

"weh jom beraya malam ni. apa kes raya kedua dah tak tau nak buat apa. loser sehhh"
"raya mana? biasalah raya kat kl ni. tak bosan tak sah"
jom aku bawak kau raya kat kampung, makan nasi dagang."
"wow kampung?"
"haah lah. ingat kl takde kampung? jom. pegi Kampung Tunku. rumah Qiha"


Definisi Kampung Tunku : Sangat permai. Dipenuhi dengan unggas dan kebun kebun. Sawah padi menghijau. Anak anak dara berbaju kurung berlari lari di batas padi.

Haaaaa sama kan definisi atas tu?

Dalam 9:30 malam aku dan kawan aku sampai di situ. Sunyi je rumah. Takut gak beraya malam, kot kot orang nak tidor. Last last keluar jugak tuan rumah.

Seperti biasa, acara bersembang rancak. Dah penat, pergi dapur. Oh aku tak menipu tang nasi dagang. Memang ada, malahan sangat sedap. Tangan orang pantai timur yang buat, mustahil tak sedap. 

Lepas makan, duduk lagi bersembang. Anak buah Qiha ajak main bunga api. Aku dan kawan aku pun turut melayan. Pikir lama juga tak main bunga api ni. Seronok gak. Bunga api biasa, bunga api besi, bunga api kaler kaler, mercun das. Terkinja kinja aku dan diorang diorang bermain di halaman rumah. Seronok.

Seronok. 

Seronok sangat sampai tak sedar anak buah yang mengajak tu dah masuk rumah dan tinggal kami yang tua tua ni je lagi main. 

Ayah tuan rumah dan abang abang tuan rumah senyum di pintu melihat kami. Mesti dalam hati diorang, berbunyi begini.

"Haih budak budak..."


6yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails