Tuesday, September 14, 2010

Farmasi



Terasa gatal gatal pula di sana sini. Di mana, aku tak boleh bagitau. Hama banyak sangat kat katil ni. Dah berlarutan 2 3 hari, aku tak boleh berdiam diri.

Aku pergi ke Tesco. Sesambil membeli racun lipas untuk membuat juadah lipas goreng di waktu malam, aku survey survey kat bahagian sabun mandi apa semua. Di situ, ternampak kelibat seorang gadis dan ibunya sedang membelek belek pencuci muka. Aku terus menjilat jari dan menyikat rambut sambil berjalan dengan muka Horatio. 

Puas aku cari akhirnya aku jumpa juga antifungal Creobic. Aku angkat, ringan. Terpampang jelas tag yang bertulis, "For display only. Please refer to the pharmacist." 

Ah. Benci lah nak tanya. Apasal tak nak letak je kat rak ni? Sejurus, aku melihat gadis tadi beratur dengan ibunya di farmasi.



Ah. Tak salah kalau bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

Aku senyum senyum lah sikit kat awek tu, sebab nak beratur tunggu turn. Sampai turn aku, akak farmasi tu tanya.

"Can i help you sir?"
"Em, im looking for an antifungal. Can you recommend any?" saja kasi ayat lebih. Ada awek kat sebelah kan.
"Oh. What kind of rashes do you have?"
"Not sure about that, but it appears on my feet, in between the fingers."
"Okay. Any other spot? Perhaps on your groin maybe?"

Lama sikit baru aku dapat ingat apa maksud groin tu. Perghhh. Tak cover lah pulak akak farmasi ni. Aku sudah terasa terperangkap dengan strategi sendiri

"Errr...no."
"Okay. Is it white in colour? Do you have severe itchiness?"
"Yes. And no." aku dah laju menjawab, tanda nak habiskan perbualan dengan pantas.
"Here you go. This talcum is for day usage. Use the cream only at night. Please wear clean socks, same goes with your underpants. Change it daily. Wash it daily too. If you can, sunbathe it just to prevent the fungal from spreading. And regularly take a bath."

Kan dah kena ceramah kebersihan. Tak nak loudspeaker pulak suara akak farmasi tu. Jatuh saham. Awek tadi masih senyum. 



Aku pula tak dapat nak senyum dah.

1 yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails