Pages

Friday, September 17, 2010

Pengubat Lara

Kalau dapat ngorat awek yang sorang ni, rasanya boleh juga lupa kat Heliza buat sementara waktu. Tak adalah kuat sangat rasa marah kat Awal Ashaari bila bila tengok Syurga Cinta. Tak adalah rasa malu main bunga api macam budak budak. Tak rasa sedih sangat kalau terperangkap kena teman member dating bebila nanti. Tak adalah raya bebila dok melanguk tengok awan.

Tempoh mengorat aku letak sampai tengah tahun depan. Si dia ni mata duitan sikit. Pandang duit je, tak pandang benda lain. Lelagi student macam aku ni, tak da dia heran punya. Sekarang ni aku tak mampu lagi. Hanya boleh melihat dari jauh.

Dalam family dia, dia ni paling bongsu. Masih budak hingusan lagi. Akak akak dia yang lain lagi mengancam. Body hot siot. Tapi hingusan hingusan dia ni, kalau nak sekarang, dia letak mas kahwin RM 1699. Mana aku nak cekau?

Tapi tunggu je lah. Akan aku tawan bila masa aku sudah bersedia. Tunggu. Sila tunggu.































Cik EOS 1000D binti Canon. Petite lagi Seksi. 






1 yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails