Sunday, October 24, 2010

Pagi Ahad

Tiap kali Ahad, aku selalu semangat nak buat itu ini. Nak ubah itu ini. Set alarm awal awal. Ingat bangun nanti nak kemas bilik, sapu sampah, mandi, makan breakfast, cuci baju, sidai, bukak buku, study. Just the typical student cemerlang. Somehow aku rasa buat begitu agak hensem. Orang lain tidor, aku study. Macho sungguh.


Tapi malang tak pernah jadi sekali pun.


Bangun bangun, matahari dah mencanak tinggi. Mandi? Nantilah!

Terus mengadap laptop. Mandi? Nantilah!

Bukak mukabuku, tengok sana sini. Mandi? Nantilah!.

Jenguk page Heliza. Senyum senyum. Mandi? Nantilah!

Pasang lagu sat kasi ada mood, sambil berasap. Mandi? Nantilah!

Main game sat, gedegang gedegung. Mandi? Nantilah!

Dah tak tau apa nak buat, aku bukak blogger. Usha blog jual tudung. Admire keindahan Tuhan sambil tersenyum senyum. Dah habis, aku jalan jalan blog member member. Mandi? Nantilah!

Tertarik aku nak comment satu blog. Pastu dapat tengok mende alah ni. 








Errrr. Ye lah! Aku gi mandi wangi wangi! Kecoh betul!

0yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails