Pages

Friday, October 22, 2010

Panas Amat, Jerebu Kuat. (2)



Banyak sebenarnya bahaya jerebu ni. Tahap penglihatan rendah. Kemungkinan berlaku kemalangan. Tapi itu sudah normal. Pikir dengan sedalamnya, banyak lagi yang boleh terjadi jikalau mata dikelabui jerebu ni. Bayangkan...
  1. Kau terasa sangat handsome pada suatu hari. Terima kasih kepada One Drop Perfume, kau dapat juga menggayakan bauan mahal walaupun tidak sebenarnya. Seluar jeans hitam yang kau jumpa di bundle itu, kemas membalut kaki. Kemeja Levis merah, sangat membantu dalam memberi imej maskulin. Kau melangkah keluar rumah sambil di dalam hati berucap "ah..kawan kawan aku pasti bangga dapat member iras Aaron Aziz..". Dengan gaya langkah yang matang, kau berjalan di hadapan Pizza Hut. Dan kau terdengar jeritan....... "wei kau ponteng mane?? meh sini masuk kerja! curi tulang je tau!
  2. Kau ternampak kelibat seorang awek yang sangat ayu. Kau lambai lambai. Awek tadi memberi respon. Kau lambai lambai lagi, dan dia pun datang dekat. Makin dekat. Dan makin dekat. Mula mula nampak kaki. Perlahan kau memandang mukanya. Dia pun memandang muka kau. Dan terpacul dari mulut si dia...... "lahabau, aku ingat awek mane tadi lambai lambai aku. bodoh, roomate sendiri pun tak kenal ke??"
  3. Kau lapar dan tak tahu masak. Masak megi pun kekadang kau letak tepung kanji. Lalu, kau keluar dan makan di warung terbuka di tepi jalan. Biarlah berhabuk, biarlah jerebu, biarlah terpaksa berkongsi meja, kau sanggup. Makanan kat situ sangat sangat meletup. Laju kau makan, laju juga kau minum. Licin. Berkilat pinggan sampaikan tak payah basuh pun takpe. Seraya orang depan berkata, "em....mintak maaf. tu nasi saya, awak silap pinggan ni..."
  4. Kau perlu menghadiri interview setelah berbulan bulan menanam anggur. Seram, memang seram. Sejak bangun dari pagi, kau sudah mula gugup. Tapi kau gagahkan diri. Walaupun kadar penglihatan tidak seberapa, kau tahu ini adalah masa depan kau. Kau mandi. Kau sarung seluar slack. Kau pakai kemeja, kau pasangankan dengan sehelai tali leher. Kau kemaskan kesemuanya dengan tali pinggang. Kau teraba raba mencari stokin di lantai bilik, kau pakai kasut dan keluar menuju ke tempat interview. Sewaktu interview, soalan pertama yang diajukan berbunyi, "cuba awak terangkan, kenapa syarikat kami nak ambil orang yang pakai seluar dalam nya dekat kaki?
  5. Kau seorang pelajar. Yang perlu belajar. Dengan cara...em, belajar. Exam dah dekat, nak nak pulak ni yang last. Macam mana nak belajar kalau tak dapat nak baca buku. Kabur beb. Tak nampak. Baik tidur. Kan? Kan? 








Personally, alasan nombor 5 tu paling logik. Jahat la jerebu ni! Menci!

0yang hensem juga cantik:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails