........
Bukak kipas meja pulak.
........
Bukak pintu peti ais, duduk sat depan tu.
........
........
.......
Peti ais pun panas!
Memang begini keadaan Melaka lately. Segalanya panas. Segalanya berdebu. Segalanya jerebu. Dari pagi ke malam, bahang dia boleh buat sengal sengal otot.
Keluar rumah, langit kelabu. Pilu. Mendu. Matahari pun segan segan nak bersinar. Tapi yang penting masih lagi panas sampai otak berpinar. Tekak haus terasa pijar. Badan lesu tersangat hambar
Time time begini, sekiranya aku perlu memilih antara :-
ini,
dan..
ini..
Alaa, soalan senang je kan tu? Susah ape nak jawab. Tanya kat korang pun korang mesti tau yang mana kena pilih bila hari tengah panas rembang, udara tengah kering, tekak tengah perit.
Mestilah kena pilih yang kat belah atas, hat yang mata bulat bulat, pipi tembam tembam.
Jauh berjalan minum sana sini, keluar macam macam teori pasal jerebu. Aku kata, kat sumatera dah start bakar bakar tanaman. Tak pun sebab panas sangat, lalu partikel partikel halus terapung apung di udara. Member aku pulak dengan tenang berkata,
"Bukan lah, pasal benda ni......" sambil menuding jari dari tingkap kereta ke arah sesuatu di tepi jalan yang boleh didapati dengan banyak di Melaka. Aku lihat, mukanya serius. Tidak langsung menunjukkan reaksi menahan gelak. Penuh ilmiah sekali.
Errr, kau biar betul bai?
0yang hensem juga cantik:
Post a Comment